M Motel Meru Hotel Bajet Selesa Di Ipoh | Jika anda bercadang percutian bajet ke Ipoh, Naz nak rekomen kepada anda hotel bajet yang selesa di M Motel yang terletak di Meru, Ipoh. Ini adalah antara hotel bajet yang cukup kompetetif dari segi harga, keselesaan dan juga lokasinya.

Lokasi M Motel
Untuk ke M Motel ini, jika anda dari Kuala Lumpur haruslah keluar dari Lebuhraya Utara Selatan di tol Ipoh Utara. Kemudian menuju ke Mydin Mall Meru. Hotel ini merupakan lot kedai 2 tingkat yang berwarna putih dan merah jambu, hotel bajet kan! Anda pasti takkan tersesat punya kerana mudah untuk dikenalpasti.

Yang best jika menginap di sini selain harganya yang murah, ia juga berdekatan dengan tempat-tempat menarik seperti:
- Mydin Mall (10 berjalan kaki)
- Movie Animation Theme Park (2 km)
- Tokong Tong Cave (6.5 km)
- Taman Rekreasi Gunung Lang (7.1 km)
- Toking Mari Amman (10.8 km)
- Kinta City Shopping Centre (10.8 km)
- Taman D. R. Seenivasagam (11 km)
- Ipoh Parade (11.7 km)
- Stadium Perak (12.5 km)
- Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (12.6 km)
- Kelab Golf DiRaja Perak (13.7 km)
- Lost World of Tambun (15 km)
Bilik M Motel
Terdapat 15 bilik yang mempunyai katil single, katil twin mahupun katil Queen. Juga terdapat 2-3 unit yang connecting, sesuai jika ada keluarga yang ramai.


Dari segi peralatan asas setiap bilik disediakan dengan aircond, LCD TV, cerek elektrik, peti ais mini, seterika dan papan mengosok dan WiFi percuma.




Toiletnya pula dilengkapi dengan shower dan water heater, so tak de alasan tak mandi sebab air sejuk.


Harga bilik yang ditawarkan serendah RM39 untuk satu malam hingga yang ke paling mahal RM99 untuk satu malam. Amat berpatutan kan, tak perlu berbelanja lebih sebab biasanya bilik hanya untuk tidur merehatkan diri sahaja kan.


Tapi Naz nasihatkan untuk anda telefon dulu untuk buat tempahan sebelum datang sebab kebiasaannya penuh, walaupun di hari bekerja.
Untuk informasi dan promosi terkini tentang M Motel Meru, boleh layari:
Facebook M Motel Meru:
www.facebook.com/mmotelatmeru/
Alamat & No. Telefon:
No. 18 & 20, Jalan Meru Utama A2, Bandar Baru Meru, 30020 Ipoh, Perak
05-5250508
013-4143 488