Review Lenovo Miix 510 – Ringan, Fleksibel & Berkuasa | Selepas dapat mengikuti bengkel Lenovo Yoga Book pada bulan lepas, kini dapat pula untuk bermain-main Lenovo Miix 510. Ia merupakan tablet terkini yang dihasilkan oleh Lenovo dan dilancarkan pada awal tahun 2017. Miix 510 ini merupakan 2-dalam-1 tablet Windows, yang boleh berfungsi sebagai laptop ataupun tablet.

Spesifikasi Lenovo Miix 510
| Model | MIIX 510-12ISK |
| Prosesor | Intel® Core™ i7-Processor-6500U CPU @ 2.50GHz 2.60 GHz |
| Sistem Operasi | Windows 10 Pro |
| Grafik | Intel® HD Integrated Graphics 520 |
| Kamera & Mikrofon | · Depan : 2 MP Fixed-Focus · Belakang : 5 MP Auto-Focus; Dual-Array Microphone |
| Memori | 8 GB LPDDR4 |
| Storan | 256GB PCIe SSD |
| Audio | Integrated Dolby®-Enabled Stereo Speakers |
| Batteri | 39 WHr; Up to 7 ½ Hours |
| Display | 12.2″ FHD (1920 x 1200), 320 nits with Gorilla® Glass |
| Dimensions (W x D x H) | · Tablet · (mm) : 300 X 205 X 9.9 · (inches) : 11.81″ x 8.07″ x 0.39″ · With Keyboard · (mm) : 300 X 205 X 15.9 · (inches) : 11.81″ x 8.07″ x 0.62″ |
| Z-Height (mm / inches) | · Tablet : 9.9 / 0.39″ · With Keyboard : 15.9 / 0.62″ |
| Weight | · Tablet : Starting at 1.94 at lbs (880 g) · With Keyboard : Starting at 2.76 lbs (1.25 kg) |
| Keyboard / Pen | · Keyboard with PTP Inbox, Backlight Keyboard(Optional); · Lenovo Active Pen(Optional) |
| Colors | · Platinum Silver · Ebony Black |
| WLAN | · WiFi 802.11 ac + Bluetooth® 4.0; · 4G LTE2 Category 4 |
| Connectors | · 1 x USB 3.1 (Type-C) · 1 x USB 3.0 (Always-On Charging) · Audio Combo Jack · microSD™ Card Reader (WiFi SKU only) |
Unbox Lenovo Miix 510
Mari kita lihat apa yang ada dalam kotak ini…
Miix 510 adalah tablet Windows 2-dalam-1 terkini dari Lenovo. Didatangkan bersama tablet 12.2 inci ini adalah sebuah papan kekunci yang boleh ditanggalkan (detachable), sebatang Active Pen, sarung papan kekunci dan buku panduan.

Reka Bentuk
Dari segi reka bentuk Mixx 510 ini, ia lebih bersifat dinamik kerana ia memberikan pengguna kebebasan dan keselesaan dengan cara pemakaiannya. Jadi pengguna boleh berkreatif ataupun menjadi produktif samada dengan menggunakan papan kekunci ataupun dengan Active pen.

Model yang Naz pakai ini dilengkapi dengan Windows 10 Pro, dengan prosesor generasi ketujuh Intel® Core™ i7, 8 GB RAM dan 256GB SSD.

Seperti yang diketahui umum, watchband-style hinges (engsel) ini adalah kekuatan reka bentuk tablet Lenovo. Diperbuat daripada 280 kepingan keluli tahan karat, engsel ini memberikan keupayaan lenturan. Boleh dilaras sehingga 150 darjah, ia dapat memberikan sudut pandangan yang baik buat pengguna samada untuk menonton video, menaip, atau menggunakan skrin sentuhan.

Saiz tablet yang agak bersesuaian dengan berat dalam lingkungan 870 gram jika tiada papan kekunci dan 1.2 kilogram dengan papan kekunci, menjadikan ia mudah dibawa ke mana sahaja. Anak lelaki Naz pun boleh memuatkannya ke dalam beg Arpinaz 10L ini.

Pada sisi kanan tablet ini terpadat butang ‘ON’, butang naik (+) dan turun (-) suara dan saluran untuk earphone. Manakala sebelah kirinya pula terdapat 1 x USB 3.0, 1 x USB-C, slot microSD dan saluran pengecas.

Fungsi dan Prestasi
Dari segi fungsinya, sudah tentu Miix 510 lebih baik dari komputer riba biasa kerana saiznya yang mudah dibawa ke mana sahaja. Tapi pada Naz tablet ini sangat sesuai apabila digunakan untuk waktu santai seperti menonton filem, mainan permainan video atau melayari laman social media.
Lihat saja anak bujang Naz bila dapat menggunakan tablet ini untuk permainan lumba kereta… khusyuk dan mudah dikendalikan. Siap dapat tempat pertama tu dalam perlumbaan.
Untuk penggunaan dalam membuat kerja-kerja pejabat rasanya tiada masalah kerana boleh dimuatkan dengan perisian Microsoft Office.
Cuma apa yang agak menghampakan adalah jangka hayat baterinya. Jika di cas penuh (fully charged) dijangkakan penggunaan dalam 5 jam. Tetapi apabila menggunakannya hanya untuk bermain permainan lumba kereta, baterinya akan habis dalam 2 jam 30 minit.
Rumusan
Lenovo Miix 510 adalah komputer riba 2-dalam-1 serba boleh yang berfungsi sebagai notepad digital yang sangat baik. Saya suka menggunakan Active Pen untuk menulis dan melakar pada paparan 12-inci ini. Namun jangka hayat bateri sangat mendukacitakan; harap pihak Lenovo akan memperbaiki bahagian ini.
Boleh dipertimbangkan sebagai alternatif kepada computer riba kerana kepelbagaian fungsinya.

