Makan Sedap di Penang Disember 2016

Nasi Biryani Ayam Bawang

Makan Sedap di Penang Disember 2016 |  Dah masuk tahun baru 2017 baru sempat nak kongsi apa yang Naz dan keluarga makan sedap di Penang pada bulan Disember lepas. Memandangkan ini merupakan percutian bajet maka kami memilih kedai yang betul-betul dikatakan sedap melalui blog, media sosial ataupun pengalaman lalu. Ini antara tempat makan sedap di Penang yang kami kunjungi.

 

1. Warung Kelapa Sawit (Juru)

Tempat makanan yang pertama ini merupakan sebuah warung yang terletak di ladang kelapa sawit, oleh itu ia dinamakan Warung Kelapa Sawit. Terletak di Jalan Tok Kangar Juru, bersebelahan dengan tol Juru menghala ke Utara. Selepas keluar dari tol Juru, anda boleh terus keluar di simpang pertama kiri. Di situ anda akan nampak Auto City dan restoran McDonald’s, dan terus belok kiri menghala ke selatan balik. Kurang lebih 2km dari simpang tadi, anda akan lihat ladang kelapa sawit dan warung tersebut disebelah kiri (rujuk foto di bawah).

 

Warung Kelapa Sawit Juru
Warung Kelapa Sawit Juru, Jalan Tok Kangar (kredit foto Google Map)

Apa yang menarik di Warung Kelapa Sawit ini adalah Ikan Bawal Goreng Garing mereka. Ikan bawal hitam sebesar tapak tangan orang dewasa digoreng garing dan dicicah dengan sambal kicap mereka. Yang best nya, orang akan beratur untuk mendapatkan ikan bawal goreng ini. Terdapat juga hidangan lain, seperti kari kepala ikan merah (juga menjadi tarikan), lauk pauk, ulam dan sambal.

 

Ikan Bawal Goreng Garing
Ikan Bawal yang di goreng garing bersama kuah kicap pedas…. lazat!

Pada hari itu, kami mengambil tiga ekor ikan bawal, kuah kari bersama bendi, peria goreng, telur dadar dan nasi serta air minuman. Jumlah semuanya hanya RM24.20 dan sungguh mengenyangkan.

 

Kedai ini dibuka seawal jam 11.00 pagi setiap hari (kecuali hari cuti), dan orang akan mula beratur untuk mendapatkan ikan bawal goreng garing tersebut. Selalunya warung ini menjadi destinasi makan tengahari Naz jika kena bertugas di utara.

 

Alamat

Warung Kelapa Sawit

Jalan Tok Kangar,

14100 Simpang Ampat,

Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 3.00 petang

(GPS Koordinat: 5°19’12.9″N 100°26’00.0″E)

 

 

2. Pushpa’s Indian Food (Batu Ferringhi)

Kami menginap di salah sebuah hotel di Batu Feringghi dan tak sah kalau tak berjalan-jalan di pasar malam Batu Feringghi (night market). Di situ kami terjumpa warung tepi jalan ala-ala food court kecil. Apa yang menarik perhatian kami ialah signage salah satu warung tersebut “The Best Chapati In Town” dari Pushpa’s Indian Food.

The Best Chapati In Town
The Best Chapati In Town

Warung ini terletak di Jalan Batu Feringghi, betul-betul berhadapan hotel Holiday Inn Resort (Beach Wing). Warung ini beroperasi dari pukul 6 petang hingga pukul 12.00 tengah malam. Hidangan yang disediakan adalah seperti Tosai, Chapati, Paratha, Murtabak, Poori dan roti-roti lain.

Pushpa's Indian Food Batu Feringghi
Pushpa’s Indian Food Batu Feringghi

Disebabkan kami tidak lah terlalu lapar dan memandangkan nak berjalan jauh lagi maka kami memesan Chapati + Egg + Cheese. Nak test la chapati yang dikatakan terbaek dari ladang ni. Anak bujang kami memang pengemar Poori so order kan dia set Poori.

 

Chapati + Egg + Cheese
Chapati + Egg + Cheese

 

Nazrin Daris teruja dengan Poori
Nazrin Daris teruja dengan Poori

 

Apa yang Naz boleh rumuskan adalah memang Chapati dia terbaek. Tekstur chapati yang lembut disedapkan lagi dengan rasa telur dan cheese didalamnya. Ditambah pula dengan cicahan mutton curry yang pekat membuat terasa happy bila dapat rasa yang enak di malam hari yang sejuk.

Happy makan chapati
Happy makan chapati

 

Lihat saja wajah isteri Naz yang tersangat happy sampai menambah order Chapati yang kedua. Sedap sangat la tu…

Terlebih happy makan 2 keping chapati
Terlebih happy makan 2 keping chapati

 

Alamat

Pushpa’s Indian Food

Jalan Batu Feringghi,

11050 Batu Feringghi,

Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam

(GPS Koordinat: 5°28’21.7″N 100°14’50.0″E)

 

 

3. Shell ‘N’ (Bayan Lepas)

Ini pula cerita malam kedua bila terasa nak makan seafood teringat terus kat Shell ‘N’ yang terletak di Bayan Lepas. Sebelum ni Naz pernah share cerita Shell ‘N’ ni , jadi kali ni Naz bawa family untuk menikmati seafood yang sedap ni.

Shell ‘N’ seafood masak pedaih pedaih manja…

Seawal 6.30 petang kami bertolak dari Batu Feringghi (belah utara pulau) ke Bayan Lepas (belah selatan pulau). Kami mengambil masa dekat 1 jam untuk sampai ke destinasi kami iaitu Shell ‘N’, makan sedap punya pasal kami redah jua traffic jam tersebut.

ShellN Lokasi
Lokasi Shell ‘N’ (kredit foto Google Map)

Kami sampai kurang lebih jam 8.15 malam sebab tersesat. Maklum la sebelum ni Shell ‘N’ beroperasi di tapak car wash, lani dah masuk ke kedai yang tak jauh dari tempat lama. Alhamdulillah tuan kedai ada masa tu jadi dapat la sembang-sembang lagi.

Seafood fresh
Seafood fresh masak pedaih pedaih manja…

Seperti biasa kena order set seafood dia yang berharga RM60 dan Belitung (siput sedut) masak lemak RM12. Set seafood tersebut mengandungi 1 ekor setengah Ketam, 10 ekor Udang (tapi rasa lebih kot), Lala yang di masak dengan sos khas cili pedaih (tahap 1) dan Kepah masak blackpepper. Belitung pula tak ada disebabkan stok hari itu tak fresh maka owner tak nak amik.

Set Seafood Shell 'N'
Ini dia gambaq sebelum makan….

 

Set seafood ini untuk 3-4 orang makan tapi Naz dan isteri berjaya menghabiskannya dengan penuh kesungguhan. Rasa sos khas yang pedaih pedaih manja tu dengan blackpepper betul-betul membangkitkan selera kami berdua.

Licin tinggal cengkerang sahaja
Ni gambaq lepas makan – licin tinggal cengkerang sahaja

 

Kedai ini beroperasi dari jam 6.00 petang hingga ke 12.00 tengah malam setiap hari. Di nasihat untuk call dulu untuk tempeh meja di talian 013-2860288.

 

Alamat

Shell ‘N’

1-1-54, Tingkat Bawah, Kompleks i-Avenue (bersebelahan Alora Hotel),

Medan Kampung Relau,

11900 Bayan Lepas,

Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam

(GPS Koordinat: 5°20’00.5″N 100°17’37.5″E)

 

 

4. Hameediyah Restaurant (Campbell Street)

Pada mulanya nak ke Tajuddin Hussain untuk makan tengahari, tapi disebabkan dah nak hampir pukul 3 petang terpaksa tukar venue ke Hameediyah Restaurant di Jalan Campbell.

Hameediyah Restaurant
Hameediyah Restaurant sejak 1907

 

Macam biasa kalau nak makan nasi kandar ni kalau tak beratur tak sah… hampir 25 minit beratur sambil-sambil melihat macam mana cara Murtabak Ayam dibuat style Hameediyah. Isi murtabak di masak dahulu dan kemudian kulit luar dibuat untuk membalut isi yang sudah dimasak tadi. Sungguh menyelerakan dan Naz terus order 2 keping untuk dibungkus sementara menunggu giliran memilih lauk utama.

Hameediyah Murtabak Ayam
Hameediyah Murtabak Ayam

 

Terdapat gambar-gambar pengasas restoran Hameediyah terpampang di dada dinding restoran ini dan juga menu harga makanan yang terdapat di sini.

Hameediyah inside
Foto-foto pengasas Restoran Hameediyah… sudah generasi ke-7 kalau tak silap…
Menu Hameediyah
Menu Hameediyah

 

Apabila tiba giliran dah tak tau mana satu nak pilih sebab semuanya nampak lazat-lazat belaka. Memandangkan ada acara lagi selepas ini, kami memilih Nasi Biryani, Ayam Bawang / Ayam Goreng, bendi dan kuah campuq sahaja.

Lauk Hameediyah
Antara lauk yang ada Hameediyah…. memang terliuq dibuatnya.
Nasi Biryani Ayam
Nasi Biryani Ayam Bawang memang terbaek…

Nasi Biryani dia dah cukup sedap di makan begitu sahaja. Di tambah dengan kuah campuq cukup menyelerakan hingga menjilat jari. Naz mencuba Ayam Bawang dia memang best dengan rasa ayam garing dan kuah bawang yang pekat membuatkan rasa 1 ketul tak cukup. Hampa rugi kalau mai George Town tapi tak try depa ni…

Menikmati Hameediyah
Muka orang lapar setelah berjalan 2.5 jam keliling Goerge Town…

 

Alamat

Hameediyah Restaurant

No 164A Lebuh Campbell,

10200 George Town,

Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 11.00 malam

(GPS Koordinat: 5°25’07.1″N 100°19’57.8″E)

 

 

5. TeoChew Chendul (Penang Road)

Kalau anda ke area George Town, hampa kena try Teochew Chendul yang famous ni… pun kena beratuq! Lokasi gerai cendol ini di Lebuh Keng Kwee, Jalan Penang.

Muka penat beratur nak makan cendol
Muka penat beratur nak makan cendol

 

Yang menarik, baik yang nak order mahupun yang tengah makan dalam keadaan beratur. Yang pasti cendol dia memang sedap. Cendol gerai ini simple je, gabungan ais parut dengan santan, air gula Melaka, kacang merah dan cendol.

Kemeriahan untuk menikmati cendol
Kemeriahan untuk menikmati cendol

 

Apa yang sedap sangat cendol ni? Pada Naz, nisbah santan dengan gula Melaka yang yang tepat menjadikan kuah cendol tersebut wangi beraroma. Ditambah pula dengan kacang merah yang lembut dan kemanisan menyumbang kepada kelazatan cendol tersebut.

Famous cendol
Simple tapi sedap…

 

Yang peliknya, walaupun dibuat dengan laju rasanya tetap maintain. Itu lah bak kata orang kampung Naz, practice make perfect!

 

Makan Sedap di Penang - TeoChew Chendul sedang dibuat
Uncle ni dah macam ber kung fu dalam menyediakan cendol ni…. tak caya tengok video kat bawah ni.

Oleh sebab jam hampir pukul 5.00 petang, kami terpaksa bungkus sahaja cendol tersebut sambil menikmati di dalam kereta. Tengok aje la kekusyukkan isteri Naz ni menikmati cendol tu…..

Menikmati cendol dengan penuh perasaan
Menikmati cendol dengan penuh perasaan

 

Alamat

TeoChew Chendul

27 & 29, Lebuh Keng Kwee,

10100 George Town,

Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat 10.30 pag i- 7.00 malam | Sabtu-Ahad 10.00 pagi – 7.30 malam.

(GPS Koordinat: 5°25’01.1″N 100°19’51.1″E)

 

 

Sampai di sini sahaja perkongsian Naz tentang makanan yang kami telah cuba sepanjang percutian kami di Penang. Nantikan pula cerita tentang aktiviti-aktiviti yang telah kami buat sepanjang berada di Penang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *