Media Prima Akan Create and Dominate Untuk 2018

Create and Dominate Logo

Media Prima Akan Create and Dominate Untuk 2018 |  Tahun baru 2018 telah dimulakan dengan penuh bertenaga oleh Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dengan pembentangan kandungan-kandungan baru yang akan disampaikan melalui semua platform media di bawah mereka. Pada screening tahun ini, MPTN membawakan tema Create and Dominate dengan menginspirasikan sususan kandungan yang kreatif, inovatif dan mantap untuk penonton setia mereka.

Create and Dominate Logo

Untuk pengetahuan semua, MPTN mempunyai sasaran penonton melebihi 28 juta orang setiap hari dan merupakan pendahulu dalam industry penyiaran ini. Empat stesen televisyen mereka iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9, jika digabungkan akan menguasai 51% jumlah penonton di waktu puncak antara 8 malam hingga 9 malam. Statistik ini turut disokong dengan Unjuran Penonton Nielsen di mana TV3 terus mempertahankan kedudukannya sebagai saluran premium nombor satu penonton dengan memiliki 30 program teratas di semua saluran bagi tahun 2017. Kini jangkauan mereka mencecah sebanyak 10.7 juta pelawat jika digabungkan dengan Media Prima Digital. Ini bermaksud ruang pengiklanan yang luas melalui televisyen dan digital.

Media Prima Television Network

Penonton MPTN

Pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif MPTN yang baru turut diperkenalkan iaitu En. Johan Ishak. Beliau bukanlah orang asing di dunia penyiaran ini dan kembali semula ke MPTN untuk menerajuinya. Menurut beliau, “Cara penonton menonton siaran kandungan kami telah berkembang dan MPTN telah berjaya memenuhi kehendak mereka. Kami berbesar hati melaporkan jumlah penonton MPTN kekal kukuh walaupun dengan gangguan media digital dan penurunan penonton yang dihadapi oleh industry.”

Johan Ishak

Pembaharuan 2018

Selain memaparkan kandungan dan tawaran baru untuk 2018, Johan juga telah mengumumkan penjenamaan baru untuk saluran ntv7. Saluran urban yang popular kini mensasarkan penonton Melayu moden menerusi barisan kandungan yang baru.

ntv7 rebrand

Antara lain…

TV3

TV3 telah mengambil satu langkah kehadapan dengan perkembangan teknologi menerusi Program TV untuk mewujudkan peluang integrase yang lebih baik bagi penjenamaan siaran. Teknologi Augmented Reality (AR) dilaksanakan melalui Anugerah Skrin dengan Olay sebagai rakan penaja utama. Selain dari itu, Integrasi Jenama Digital (DBI) melalui siaran kandungan TV terutama bagi siri drama, di mana penjenamaan akan dipersembahkan secara kreatif dan disatukan dalam drama. Antara drama tempatan yang bakal menemui anda seperti Villa Ghazara dan Leftenan Zana. Program reality pula seperti Bintang Bersama Bintang, Mentor Otai, Mentor 7 dan Da’i 6.

TV9

Saluran pilihan ke-2 tertinggi dalam kalangan penonton melalui drama dan juga segmen sukan. Selain 70 jam perlawanan bolasepak yang bakal disajikan, tahun ini juga merupakan tahun Piala Dunia 2018 dan TV9 bakal menyiarkan perlanwanan secara langsung dan eksklusif. Anda juga boleh mengikut perkembangan dunia sukan melalui aplikasi mudah alih KITA JUARA dan Pentas Kita Juara.

CJ WOW Shop

Bagi yang minat membeli belah di dalam talian, kini CJ WOW Shop akan ditambah waktu siaran mereka iaitu dari 8.30 pagi sehingga 4.00 petang setiap hari.

8TV

8TV menyajikan rancangan berbahasa Cina tempatan dalam sektor penyiaran televisyen, digital dan acara padang dan merupakan saluran rancangan berbahasa Cina nombor satu di Malaysia. Antara drama-drama tempatan yang akan menemui anda ialah My Sensei Nyonya, Pesona 2, drama rantaian Best of the East – Zhao Ge, Universale Martial, Win the World dan The Legends of Monkey. Ada juga drama Thai, Ring Flower.

Selain itu, 8TV juga akan memperkenalkan beberapa tajuk bagi tayangan serentak seperti musim ke-3 SING! CHINA dan drama Korea, City of Stars.

ntv7

Bermula 5 Mac 2018, ntv7 akan memperkenalkan saluran hiburan Malaysia yang baru untuk memenuhi selera penonton dengan selebriti terkemuka Malaysia.Antara rancangan-rancangan yang bakal disajikan seperti Pop! TV, Pop! Ekxpres, Kata Serasi?, Ini Alif, S.O.S (Sayang Oh Sayang). Manakala drama pula, anda bakal menyaksikan Nafas, Telenovela dari Turki – New Bride dan Brave & Beautiful.

Rancangan realiti TV terbaru Drop The Beat, I Can See Your Voice Malaysia dan Next Gen akan bersiaran pada setiap hari Sabtu.

tonton

Hasil kejayaan dan pencapaian tahun 2017, tonton kini melebarkan sayap ke Singapura (melalui Singtel) dan Brunei (melalui DST), berada di udara melalui Air Asia dan Rokki, berada di platform Smart TV – yang sesuai dengan model LG, Samsung dan Panasonic terbaru. Tonton juga boleh didapati melalui aplikasi Android OTT Box.

Leader in Viewers

tonton juga memperkenalkan Camment, sebuah teknologi yang membolehkan pengguna tonton berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan suara dan video.

COCO

Akhir sekali, tonton Xtra, sebuah portal gaya hidup hiburan yang menampilkan siaran secara langsung, hiburan sensasi dan terbaru serta cerita gaya hidup unik. tonton Xtra terdapat dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin.

CJ Wow Shop

CJ Wow Shop memperkenalkan program terbarunya di TV3 dan TV9 iaitu WOW Show (Isnin jam 1 petang di TV3 dan Khamis jam 10 malam di TV9) dan WOW Sangat (Ahad jam 9.30 malam di TV9) dan kini di tonton Xtra serta saluran 24 Jam MYTV 106. Antara yang telah dijayakan pada tahun 2017 adalah kerjasama dengan jenama Simplysiti, kempen Ulang Tahun pertama dan kempen Ramadan & Raya Bersama Proton.

MPTN akan terus memperkukuhkan penguasaan mereka di bidang digital dengan menggunakan Audience+ yang bertujuan untuk membantu pengiklan memperoleh tontonan yang lebih tinggi dalam perniagaan mereka merentasi pelbagai format iklan, samada paparan standard, video, iklan mudaj alih atau audio… berita baik nie untuk yang ingin mempromosikan jenama mereka.

Audience+

MyGamesOn

Media Prima Digital (MPD) memfokuskan ke pasaran e-Sukan yang sedang hot kini di Malaysia. Dengan melancarkan MyGamesOn, portal permainan yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk peminat permainan tempatan dan antarabangsa. Melalui perkongsian dengan Garena, TV9 secara eksklusif akan membawakan siaran langsung untuk perlawanan popular seperti League of Legends, FIFA Online 3 dan Arena of Valor. Pengguna dalam talian juga boleh menyaksikan siaran langsung di laman Facebook TV9.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *