Sentuhan Electro Dance Music VESSBROZ Mengasyikkan

LOST ALBUM COVER

Sentuhan Electro Dance Music VESSBROZ Mengasyikkan |  Penghujung tahun lepas Naz ada buat blog post mengenai VESSBROZ Album Pertama Dengan Artis Dari 5 Kontinen. Kini album tersebut telah dilancarkan dan ada 3 artis Malaysia turut tampil mendendangkan lagu dalam album LOST ini.

Vessbroz Album with Design 1-01

VESSBROZ ini merupakan kumpulan 2 jejaka adik beradik, Armia dan Arsham, yang sungguh berbakat. Mereka merupakan penerbit muzik, DJ dan Remixing duo yang menghasilkan muzik berkonsep Electro-Pop sebagai genre utama dan House Music sebagai genre kedua. Mereka ini telah memenangi banyak anugerah sebagai “Best DJ”, “Best Original Song”, “Best Music Video” dan banyak lagi.

Terdapat 11 lagu dimuatkan dalam album LOST:

  1.  Lost Cause // Kyle Davis
  2.  Nothing // Kyle Davis
  3.  Show You // Black Gs
  4.  Like She Does It // feat. Nadeera
  5.  Fleeting // feat. Datuk Zainal Abidin
  6.  Never Know // feat. Faradhiya
  7.  Strong Word // feat. Britney Nieves & Kyle Davis
  8.  Horror Film // feat. Kyle Davis
  9.  Better Than This // feat. Dylan Thomas
  10.  Fearless // feat. Arastella
  11.  Fallen Feathers // feat. Mehrdad Mozart

Rentak muzik dance dengan campuran beat remix berserta alunan drum memang mengasyikkan. Walaupun baru sekali dua mendengarnya, rentak muzik ini memang sedap didengar dan menjadi halwa telinga Naz.

Naz suka lagu Show You kerana rentak yang menarik dengan pukulan drum yang boleh membuatkan kaki turut bergoyang. Lagu dia simple aje dan mudah jadi ikutan.

Suara Nadeera dalam album nie memang class, kalau kita dengar tanpa mengetahui nama penyanyinya… kita mungkin ingat dia penyanyi antarabangsa. Beat lagu Like She Does It memang catchy dengan remix dan hentakan drum yang best.

Begitu juga dengan Faradhiya mendendangkan Never Know, suara yang lunak seiring dengan susunan muzik yang baik memang boleh membuat kepala terangguk-angguk bila mendengarnya.

Manakala suara Datuk Zainal Abidin memang senang dicam kerana lengguknya, ada kesamaan seperti dalam lagu Hijau. Maklum la minat dia sejak zaman Headwind lagi. Tak sangka Vessbroz pandai mengalunkan muzik untuk complement suara Datuk Zainal ni.

Lagu-lagu dalam album LOST nie memang best dan rentak yang digabungkan sangat mengasyikkan. Album LOST ini diterbitkan oleh Sony Music Publisher Sdn Bhd dan diedarkan oleh Sony Music Malaysia.

Ikuti perkembangan kumpulan VESSBROZ ini melalui:
Laman Web: www.vessbroz.com
Facebook: www.facebook.com/Vessbroz
Instagram: www.instagram.com/Vessbroz

Untuk maklumat lanjut, permintaan promo atau untuk membuat temu bual, sila hubungi:
Sam Kassim
Pengurus Promosi
Telefon: +60192112288
Emel: samkassim@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *