Raikan Tahun Baru Cina bersama Lady of Spring the Curve | Sekali lagi suasana dan kemeriahan Tahun Baru Lunar dapat dirasai di seluruh negara! Persiapan rapi sedang giat dijalankan bagi meraikan ketibaan Tahun Anjing. Kesejahteraan dan kemakmuran bakal dialu-alukan dengan penuh indah di the Curve menerusi kempen Lady of Spring.


Berlatarbelakangkan suasana tenang ini, alunan melodi muzikal tarian Lady of Spring menandakan bermulanya Festival Musim Bunga. Dengan koreografi khusus bagi meraikan musim perayaan ini, persembahan tersebut memaparkan kegembiraan Lady of Spring seumpama seorang dewi bersama dayang-dayangnya. Mengenakan kostum berinspirasikan flora dengan warna-warna hijau serta merah jambu terang, persembahan gemalai penari-penari meraikan kedatangan tahun baru lunar itu pastinya akan menghiburkan penonton!

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve berkata, “Menerusi kempen Lady of Spring ini, kami berharap untuk memberi penghormatan terhadap elemen-elemen yang popular dalam budaya dan tradisi masyarakat Cina. Dengan mewujudkan persekitaran dan pengalaman yang menakjubkan, kami yakin segenap pengunjung setia akan dapat membawa pulang kenangan yang sukar dilupakan bersama kaum keluarga dan sahabat handai pada musim perayaan ini. Kami yakin kempen Tahun Baru Cina the Curve adalah suatu acara yang tidak harus dilepaskan!”
Selain persembahan muzikal berkenaan, pelbagai persembahan lain turut disediakan kepada para pengunjung, malah di samping persembahan tarian singa kegemaran ramai, para pengunjung berpeluang merasai keseronokan persembahan tarian singa akrobatik yang menampilkan gerak-geri berani! Sentuhan nostalgia dapat disaksikan menerusi persembahan Orkestra Instrumental Cina yang memaparkan pelbagai peralatan muzik tradisional Cina yang memainkan lagu-lagu klasik perayaan. Tarikan lain termasuk kehadiran Dewa Kemakmuran yang dapat dilihat di sekitar pusat beli-belah ini.

Bersempena dengan semangat perayaan yang melimpah-ruah, tawaran-tawaran menarik menanti pelanggan di the Curve! Daripada pakaian, biskut dan hamper, pokok hiasan, lukisan dan sebagainya, terdapat pelbagai pilihan lagi bagi mereka yang sedang membuat persiapan.

Bagi meraikan musim perayaan ini, para pelanggan the Curve yang membelanjakan RM188 ke atas dalam maksimum dua resit akan layak menerima Paket Kemakmuran eksklusif. Bagi menggandakan keriangan, mereka yang membuat pembelian bernilai RM388 ke atas dalam maksimum dua resit pula akan layak menebus Kotak Kemewahan Musim Bunga sumbangan the Curve. Namun, kesemua penebusan tertakluk pada terma dan syarat.
Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen Tahun Baru Cina the Curve? Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di talian 03-7710 6868 atau layari www.thecurve.com.my atau laman Facebook www.facebook.com/theCurveShoppingMall.