Menutup Jurang dalam Penjagaan Asma

Menutup Jurang dalam Penjagaan Asma | Asthma Malaysia telah menganjurkan Persidangan Hari Asma Sedunia 2022 dari jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Pusat Persidangan dan Acara Connexion, Kuala Lumpur hari ini. Persidangan ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan, bertepatan dengan sambutan memperingati Hari Asma Sedunia tahun ini dan ia juga merupakan gabungan kerjasama antara Persatuan Thoracic Malaysia (MTS), Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS) dan AstraZeneca Malaysia.

Persidangan yang diadakan separuh hari ini bertujuan membincangkan cabaran dan penyelesaian dalam menangani jurang dalam penjagaan asma di Malaysia selaras dengan tema Hari Asma Sedunia tahun ini: Menutup Jurang dalam Penjagaan Asma. Di Malaysia, terdapat hampir dua juta pesakit asma. Penyakit respiratori merupakan punca kematian kedua di hospital-hospital Kementerian Kesihatan.1

Kekurangan pengiktirafan asma sebagai bidang tumpuan dalam agenda penjagaan kesihatan negara telah disebut sebagai salah satu halangan utama dalam membolehkan akses awal dan adil diberikan kepada diagnosis dan rawatan berpandukan bukti dalam kalangan pesakit asma di negara ini.2

Menerusi persidangan ini, pakar penjagaan kesihatan, wakil pesakit dan rakan industri berkumpul untuk meneroka potensi menjadikan asma sebagai bidang keutamaan penyakit tidak berjangkit (NCD) utama di Malaysia. Selain merasmikan pelancaran semula laman web rasmi Asthma Malaysia,  YB Khairy turut menyaksikan majlis menandatangani ikrar oleh pelbagai pihak bagi menyatakan komitmen bersama mereka dalam meningkatkan penjagaan asma di Malaysia.

Beberapa siri ceramah dan dialog telah diadakan pada sebelah pagi yang diketuai oleh beberapa pakar perubatan dan wakil pesakit, dimana dapat disimpulkan bahawa terdapat keperluan campur tangan yang lebih besar terhadap penyakit asma di Malaysia bagi membendung penderitaan dan beban kewangan oleh pesakit akibat daripada asma mereka yang tidak dikawal dengan baik.

###

Ikrar untuk Meningkatkan Penjagaan Asma di Malaysia

Kami, yang bertandatangan di bawah ini berjanji akan bekerjasama untuk menjadikan asma sebagai bidang keutamaan penyakit tidak berjangkit kebangsaan (NCD) utama di Malaysia menjelang 2025.

Bagi tujuan ini, kami komited untuk melaksanakan dan menyokong perkara berikut:

  • Mendorong untuk Pelan Tindakan Strategik Kebangsaan khusus untuk Asma
  • Mengurangkan kematian berkaitan asma sebanyak 50%
  • Meningkatkan akses kepada perkhidmatan spirometri untuk meningkatkan diagnosis asma dalam penjagaan utama
  • Membolehkan sumber penjagaan kesihatan yang lebih besar bagi membolehkan akses rawatan awal dan saksama kepada pesakit untuk merentas semua keterukan asma
  • Meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai tentang asma terutamanya di sekolah dan tempat kerja

Bersama-sama, kita memperjuangkan punca Asma di Malaysia.

Ikrar ini telah ditandatangani oleh

  • Dr Helmy Haja Mydin, Pengasas Bersama Asma Malaysia
  • Associate Professor Dr Pang Yong Kek, Pengerusi Persatuan Thoracic Malaysia (MTS)
  • Dr Sri Wahyu Taher, Pengerusi Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA)
  • Dr Thirunavukarasu Rajoo, Ketua Setiausaha Agung Persatuan Perubatan Malaysia (MMA),
  • Mr. Andrew Tan, Timbalan Pengerusi Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS)
  • Professor Dr Roslina Abdul Manap, Pengerusi Yayasan Paru Paru Malaysia
  • Dr Sanjeev Panchal, Presiden Negara AstraZeneca Malaysia
  • Dr Mayuresh Fegade, Ketua Pegawai Saintifik of Novartis Malaysia

Mengenai Asthma Malaysia

Asthma Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk menjadi sumber yang boleh dipercayai tentang asma, untuk meningkatkan kesedaran terhadap piawaian penjagaan terbaik dan untuk memperkasakan pesakit dalam pengurusan asma mereka.

Asthma Malaysia berusaha untuk menjadi portal bagi penyakit asma yang terulung di Malaysia dengan harapan untuk memperkasakan pesakit dan menjadikan mereka lebih berpengatahuan. Kami berhasrat untuk memastikan penjagaan asma di Malaysia setanding dengan yang terbaik di dunia dengan harapan untuk mengurangkan penderitaan dan kematian yang dikaitkan dengannya.

Kami berhasrat untuk menjadi sebuah pertubuhan yang terlibat secara proaktif dalam kempen penyelidikan dan promosi untuk meningkatkan kesedaran terhadap asma di Malaysia.


1. Health Facts 2017. Ministry of Health Malaysia. Planning Division. Health Informatics Centre.

2. Cheong AT et al. Implementing asthma management guidelines in public primary care clinics in Malaysia. NPJ Primary Care Respiratory Medicine (2021) 31:47

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *