Minuman POKKA Campuran Susu dan Jus Buah Memang Best

Minuman POKKA Campuran Susu dan Jus Buah Memang Best |  Minuman POKKA adalah satu jenama minuman yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Sempena Hari Raya ini, sajikan kepada para tetamu dengan minuman yang berkhasiat lagi menyelerakan seperti POKKA Premium Kopi Susu, POKKA Honey Lemon, POKKA Green Tea atau juga minuman POKKA campuran susu dan jus buah dengan perisa Melon, Pisang dan Mangga.

Minuman POKKA Susu dan Jus Buah

Minuman POKKA Campuran Sus dan Jus Buah

Minuman POKKA campuran susu dan jus buah ini dihasilkan dari susu sebenar yang rendah lemak dengan jus buah sebenar dari Melon, Pisang dan Mangga. Selain rasa yang enak, minuman POKKA ini penih berkhasiat dan mengandungi nutrisi bagi membekalkan tenaga untuk anda. Sedap disajikan sejuk dan pastinya anda yang kreatif boleh mempelbagaikan minuman ini dalam pelbagai hidangan untuk dijamu kepada para tetamu.

Minuman POKKA di Tesco

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, POKKA Malaysia telah memeriahkan lagi suasana perayaan ini dengan menganjurkan pertandingan berkongsi Resipi Raya menggunakan minuman POKKA ini. Yang menariknya tahun ini, hadiah utama dia “Pakej katering rumah terbuka bernilai RM10,000 ditawarkan”! Haaaa boleh invite saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga ke rumah terbuka anda…

Peraduan POKKA RASA RAYA

Sertai Peraduan POKKA Rasa Raya dan anda mungkin dapat beraya dengan lebih gembira tahun ini dengan hadiah menarik dari POKKA Malaysia! Peraduan ini dari 15 April 2018 dan akan berakhir pada 30 Jun 2018 dan mana tahu Resipi Raya anda bakal memenangi hadiah utama ini.

Peraduan POKKA RASA RAYA 1Cara-caranya…

 

  1. Beli produk POKKA Susu bernilai RM10 dalam satu resit tunggal.
  2. Buat resipi menggunakan produk pelbagai produk POKKA susu. Ambil foto / video resipi seperti bahan-bahan dan langkah-langkah penyediaannya.
  3. Hantar foto / video dan gambar resit anda ke POKKA melalui FB Messenger.

Hadiah-hadiah menanti anda…

Anda berdiri untuk memenangi hadiah hebat ini:

  • HADIAH UTAM: Pakej katering rumah terbuka bernilai RM10,000
  • HADIAH SAGUHATI x 3: RM200 tunai + hamper POKKA + bekalan minuman POKKA 1 bulan
  • HADIAH MINGGUAN x 20: Baucer membeli-belah bernilai RM100 + bekalan minuman POKKA selama 1 bulan

Ambil peluang ini dan sertai pertandingan POKKA RASA RAYA sekarang !! Tertakluk kepada terma dan syarat pertandingan.

Naz pun tak nak ketinggalan untuk menyertai peraduan #POKKAMY #RASARAYA ini dan di bawah ini Naz kongsikan resipi berkhasiat yang boleh dijadikan hidangan pencuci mulut (dessert) yang enak. Ia bukan sahaja sedap tetapi sangat elok untuk sistem penghadaman dan pencernaan usus anda. Maklum la kan dan makan banyak lemak dan berminyak, maka dessert ini dapat membantu penghadaman makanan itu tadi.

Nama dessert yang Naz sediakan adalah POKKA Banana Milk Overnight Oats yang bukan sahaja sangat ekonomi tetapi ia juga mudah untuk disediakan…

POKKA Banana Milk Overnight Oats

POKKA Banana Milk Overnight Oats-ready

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji buah Pisang Berangan (dipotong dadu)
  • Beberapa biji Blueberry
  • Beberapa biji Roasted Cranberry
  • Beberapa biji Roasted Almond (dicincang)
  • 1 cawan oats segera
  • 3 susu besar Yogurt Rendah Lemak (perisa asli)
  • 200ml minuman POKKA Banana Milk

Cara Penyediaan:

  • Sediakan balang berisipadu 450ml berserta penutup.
  • Masukkan ke semua bahan-bahan di atas ke dalam balang tersebut.
  • Gaulkan sehingga semua bahan-bahan tersebut mesra dan tutup balang tersebut.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk dan dibiarkan semalaman.
  • Kemudian keluarkan dan hiasi dengan strawberry dan blueberry.

nota: resipi ini sesuai untuk hidangan 2 orang.

Naz sediakan video ini untuk menyenangkan lagi anda menyediakan hidangan pemanis mulut POKKA Banana Milk Overnight Oats ini.

Mudahkan! Bahan-bahan dalam resipi ini mudah didapati di pasaraya-pasaraya dan sangat-sangat sihat untuk sistem penghadaman kita. Maklum la kan selepas sebulan berpuasa dan kemudian makan pelbagai juadah yang disediakan, maka elok ada hidangan pemanis mulut ini untuk memberikan penghadaman yang bagus.

Selamat mencuba dan Naz mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

#POKKAMY #RASARAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *