NESCAFÉ® Menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan Kepada Edisi Kopitiam; Dua Variasi Baharu Diperkenalkan

Nescafe Kopitiam

NESCAFÉ® Menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan Kepada Edisi Kopitiam; Dua Variasi Baharu Diperkenalkan | Kepada semua penggemar kopi di Malaysia, adakah anda bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu? NESCAFÉ® Sedia-Untuk-Diminum telah menjenamakan semula rangkaian minuman kopi tempatannya kepada Edisi NESCAFÉ® Kopitiam, dan bersempena dengan ini, dua variasi baharu juga telah diperkenalkan iaitu NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham. NESCAFÉ® Kopi Cham merupakan kombinasi teh dan kopi, manakala NESCAFÉ® Kopi-C pula adalah adunan kopi dan susu yang lebih halus. Kedua-dua perisa ini telah diiktiraf sebagai minuman yang paling digemari di kopitiam tempatan.

Nescafe Edisi Kopitiam


Diinspirasikan oleh hiasan dalaman kopitiam Malaysia, rekaan baharu tin dalam edisi ini mencerminkan simbol nostalgia yang bertumpukan kepada warisan. Klasik namun trendy, NESCAFÉ® berikhtiar untuk mengembalikan kenangan silam buat rakyat Malaysia agar warisan ini dapat terus dipelihara dan dibanggakan.


“Di NESCAFÉ® Sedia-Untuk-Diminum, kami berusaha untuk memastikan keselesaan dan keterangkuman rakyat Malaysia apabila menikmati minuman kopi tempatan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Berdasarkan permintaan yang semakin meningkat untuk perisa kopi tempatan dan populariti Kopitiam, kami memperkenalkan NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham, bersama-sama keseluruhan produk kopi tempatan yang telah dijenamakan semula dalam Edisi Kopitiam ini,” kata April Wong, Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Dengan rasa yang telah sekian lama dikenali dan disayangi oleh semua rakyat Malaysia, NESCAFÉ® menyasarkan untuk merealisasikan konsep tersebut dengan memperkenalkan gaya kontemporari untuk penggemar kopi tegar tanpa mengkompromikan keasliannya.

Penjenamaan semula rangkaian kopi tempatan sedia ada di bawah Edisi NESCAFÉ® Kopitiamturut merangkumi NESCAFÉ® Tarik, NESCAFÉ® Tarik Kaw, NESCAFÉ® Kopi-O, NESCAFÉ® White Coffee danNESCAFÉ® Ice. Edisi NESCAFÉ® Kopitiam kini boleh didapati di seluruh negara di kedai-kedai yang turut serta dan platform perniagaan onlineseperti Lazada dan Shopee.

Nikmati Detik Kopitiam Anda, di mana sahaja dengan NESCAFÉ Kopitiam!

#NescafeKopitiam

#NescafeKopitiamSeries

#NescafeKopitiamMoments

#MakeYourKopitiamMomentsWithNescafe


Tentang Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Dengan ibu pejabat yang terletak di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 buah negara di seluruh dunia dan kesemua pekerja kami seramai lebih 270,000 orang komited dalam membantu mencapai tujuan Nestlé untuk merungkai kuasa makanan demi meningkatkan kualiti kehidupan bagi semua, pada hari ini dan untuk generasi akan datang. Matlamat kami didorong oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak tahun 1912, Nestlé dipercayai oleh para pengguna kami menerusi jenama-jenama dan produk kami yang berkualiti.  Kami komited dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat di mana saja kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan integriti Halal. Ini selaras dengan janji kami dalam memberikan “GOOD FOOD, GOOD LIFE” kepada semua.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami telah membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat selama lebih satu abad, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *