Penduduk Pangsapuri Pelangi Nikmati Makan Malam Bermakna

Sumbangan dari the Curve

Penduduk Pangsapuri Pelangi Nikmati Makan Malam Bermakna |  Bersempena dengan kempen Pesta Makanan 2018 baru-baru ini, the Curve telah bekerjasama dengan seorang dermawan tempatan, Encik Kuan Chee Heng. Kerjasama ini telah melibatkan sekumpulan sukarelawan yang turut serta melawat Pangsapuri Pelangi dalam menjayakan majlis makan malam yang istimewa bersama-sama penduduk.

kempen Pesta Makanan 2018 the Curve

Pangsapuri Pelangi adalah pembangunan perumahan kos rendah yang terletak di Persiaran Surian. Bagi lawatan ini, seramai lebih 30 orang sukarelawan dari Pasukan Pengurusan Curve bersama Encik Kuan dan wakil-wakil dari Polisi Komuniti Malaysia, Kota Damansara serta Rukun Tetangga Pangsapuri Pelangi telah turut sama berkumpul untuk menikmati hidangan nasi ayam dan kuih muih tempatan bersama dengan 150 penduduk di pangsapuri tersebut. Kemeriahan dirasai apabila sukarelawan bersama-sama dengan tetamu dan berbual-bual mesra sesama mereka, disamping menyertai beberapa aktiviti seronok yang telah disediakan.

Penduduk Pangsapuri Pelangi

Sebelum mengakhiri lawatan tersebut, the Curve telah menyumbang pelbagai barangan isi rumah kepada seluruh penduduk.

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan Curve, berkata, “Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk komuniti, kami amat gembira dapat meluangkan masa bersama penduduk Pangsapuri Pelangi untuk menikmati hidangan makan malam yang lazat. Tambahan pula, kami tiada cara lain untuk membawa semua orang yang terdiri dari semua peringkat umur dan kumpulan untuk menikmati hidangan yang lazat seperti ini. Kali ini kami memberi tumpuan untuk meninggalkan kesan positif kepada mereka yang memerlukan khasnya bagi komuniti yang terletak berdekatan dengan kami. Kami telah berseronok bersama mereka dan kami berharap semoga mereka akan  sentiasa bersama-sama mengingati majlis makan malam ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Kuan kerana sudi bekerjasama dengan kami serta memberi sumbangan bagi menjayakan lawatan ini.”

Sumbangan pelbagai barangan isi rumah kepada seluruh penduduk Pangsapuri Pelangi

Pesta Makanan the Curve yang bertemakan Taman Makanan: Tempat Di mana Pencinta Makanan Bertemu, adalah sebuah karnival makanan yang dijalankan selama empat hari, lengkap dengan pelbagai jenis makanan, seperti makanan ringan dan pencuci mulut. Arca makanan gergasi yang menarik juga telah dipamerkan di sekitar pusat membeli-belah bagi memeriahkan suasana pusat membeli-belah. Pengunjung yang hadir juga dihiburkan dengan pelbagai jenis persembahan dan aktiviti pada hujung minggu.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan Curve di 03-7710 6868 atau lawati www.thecurve.com.my atau halaman Facebook Curve di www.facebook.com/theCurveShoppingMall.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *