Pertandingan Anugerah Screen Bite M&M’s® Yang Pertama │ Adakah anda suka beraksi di hadapan kamera? Adakah anda gemar buat drama pendek? Jika anda jawab YA, maka ini peluang anda untuk serlahkan bakat anda dan mana tahu anda mungkin jadi pemenang untuk Anugerah Screen Bite M&M’s® yang sulung ini! Sebagai pemenang, anda akan dapat percutian untuk dua (2) orang ke Universal Studio di Osaka, Jepun.

Jenama coklat kegemaran ramai M&M’s® kini mengundang semua peminatnya untuk mendemonstrasikan minat mereka terhadap M&M’s® beserta aktiviti skrin kegemaran mereka melalui Anugerah Screen Bite 2017 yang sulung ini. Bermula dari 1 – 22 Ogos, peminat M&M’s® dan konsumer Malaysia akan diminta untuk berkongsi saat-saat ceria ‘skrin’ mereka dengan menghantar sama ada gambar atau video pendek berdurasi 20 saat berasaskan tiga kategori – #BestWOW (aksi), #BestLOL (komedi), atau #BestXOXO (cinta) – yang turut memaparkan M&M’s® kegemaran mereka. Oh ya… pertandingan serantau ini sedang dilancarkan secara serentak di tiga buah negara – Malaysia, Filipina dan Thailand. Enam calon dari setiap negara akan disenaraipendekkan ke fasa undian di mana mereka perlu mencapai bilangan undian tertinggi untuk memenangi Hadiah Utama.

“M&M’s® mengiktiraf kepentingan aktiviti skrin dalam kehidupan warga Malaysia; sama ada ia melibatkan menonton wayang di panggung wayang, TV di rumah atau video melalui YouTube, melayari media sosial atau bermain permainan mudahalih atau konsol. Maka, kami menganjurkan Anugerah Screen Bite M&M’s® untuk para peminat berkongsi saat-saat masa skrin indah mereka bersama rakan dan kaum keluarga. Kami percaya bahawa kempen ini adalah satu platform yang baik buat kami untuk berhubung dengan peminat M&M’s® dan membawa mereka bersama-sama meraikan keseronokan dan hiburan dengan teman masa skrin yang sempurna, iaitu M&M’s®,” komen Yee Pek Kuan, Pengarah Kategori MARS Chocolate SEA.

Tatacara Pertandingan Anugerah Screen Bite M&Ms®
Untuk menyertai Anugerah Screen Bite M&M’s®, konsumer hanya perlu mengikut tiga langkah mudah berikut:
- Bermula dari 1 – 22 Ogos, log masuk ke laman web rasmi Anugerah Screen Bite M&M’s®: screenbiteawards.com
- Daftar dan pilih kategori untuk memuat naik gambar atau video 20 saat anda:
- #BestWOW: Kongsikan detik paling penuh aksi atau beradrenalin dengan M&M’s® kegemaran anda
- #BestLOL: Kongsikan cara anda menikmati M&M’s® kegemaran anda yang paling lucu dan kelakar
- #BestXOXO: Cinta berada di mana-mana sahaja! Kongsikan cara yang paling romantik atau comel di mana anda berkongsi M&M’s® kegemaran anda bersama insan yang disayangi
- Muat naik saat masa skrin terbaik anda untuk peluang memenangi Hadiah Utama.
Dua finalis daripada setiap kategori akan dipilih untuk mewakili negara mereka di fasa undian bermula dari 7 – 21 September 2017, di mana para konsumer berpeluang untuk mengundi saat masa skrin yang digemari. Pemenang Hadiah Utama akan diumumkan pada 29 September 2017.
Sempena pelancaran Anugerah Screen Bite M&M’s®, rakan-rakan M&M’s® Malaysia telah dijemput untuk bersama menyaksikan tayangan eksklusif filem Baby Driver, salah satu daripada filem yang paling hangat pada musim panas ini, di MBO Cinemas di Starling Mall.

Menghangatkan lagi majlis malam itu, sensasi YouTube Luqmannulhakim Kamaruddin (Luqman Podolski) serta pelakon Shaheizy Sam yang membintangi ‘Polis Evo’ turut serta menyaksikan filem Baby Driver bersama-sama rakan-rakan M&M’s®.

Lihat sahaja aksi gila-gila rakan blogger bila bergambar dengan Shahiezy Sam.


Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Screen Bite M&M’s®, sila layari www.screenbiteawards.com atau www.facebook.com/mmsMalaysia.
#mms #mmsMalaysia #anugerahscreenbitemms #mmsscreenbiteaward #BestLOL #BestWOW #BestXOXO #shortdrama #UniversalStudioOsaka #Malaysia #Thailand #Filipina #moviemakers #mbo #babydriver #nazlannasirdotcom
Latar belakang MARS Incorporated
Pada tahun 1911, Frank C. Mars menghasilkan gula-gula Mars yang pertama di dalam dapur beliau di Tacoma, Washington dan menubuhkan asal-usul pertama Mars sebagai sebuah syarikat konfeksi. Sekitar tahun 1920an, Forrest E. Mars, Sr. menyertai bapa beliau di dalam perniagaan ini dan mereka telah melancarkan bar coklat MILKY WAY®. Pada tahun 1932, Forrest, Sr. berpindah ke United Kingdom dengan impian untuk membina sebuah perniagaan berasaskan objektif mewujudkan “manfaat berkongsi bagi semua pemegang saham” – objektif ini telah menjadi asas penubuhan Mars, Incorporated hari ini. Berpangkalan di McLean, Virginia, Mars telah mencatat jualan bersih bernilai lebih daripada $3.5 bilion, enam segmen perniagaan merangkumi Penjagaan Binatang Peliharaan, Coklat, Wrigley, Makanan, Minuman, Simbiosains, dan lebih daripada 80,000 Sekutu di seluruh dunia yang menggerakkan Prinsip-prinsipnya demi membawa perubahan untuk orang ramai dan bumi melalui prestasinya.
Rangkaian Jenama Mars merangkumi: Penjagaan Haiwan Peliharaan – PEDIGREE®, ROYAL CANIN®, WHISKAS®, KITEKAT®, BANFIELD® Pet Hospital dan NUTRO®; Coklat – M&M’S®, SNICKERS®, DOVE®, GALAXY®, MARS®, MILKY WAY® dan TWIX®; Wrigley – DOUBLEMINT®, EXTRA®, ORBIT® dan gam kunyah 5TM, gula-gula SKITTLES® dan STARBURST®, dan gula-gula pudina ALTOIDS® dan LIFESAVERS®. Makanan – UNCLE BEN’S®, DOLMIO®, EBLY®, MASTERFOODS®, SEEDS OF CHANGE® dan ROYCO®; Minuman – ALTERRA COFFEE ROASTERSTM, THE BRIGHT TEA COMPANYTM, KLIX® and FLAVIA®; Simbiosains – COCOAVIA® dan WISDOM PANEL®.