Aloft KL Sentral Lancarkan Food Truck RE:FUEL ON WHEELS

Aloft Food Truck

Aloft KL Sentral Lancarkan Food Truck RE:FUEL ON WHEELS │  Aloft Kuala Lumpur Sentral baru-baru ini telah melancarkan Re:Fuel On Wheels (ROW), sebuah konsep trak makanan (food truck) sebagai tambahan kepada portfolio tawaran F&B mereka.   Re:Fuel On Wheels ini akan beroperasi di depan Aloft Hotel Kuala Lumpur Sentral setiap pagi dan tengahari, menjadikannya hotel pertama di Kuala Lumpur dengan trak makanan mereka sendiri.

aloft KL Sentral Food Truck
En. Greg Gubiani bersama En. Adrian Wei dengan RE:FUEL On Wheels Aloft Kuala Lumpur Sentral

Trak makanan ini adalah satu projek yang hampir satu tahun dalam perbincangan dan merupakan idea pihak pengurusan Hotel dan bahagian Makanan dan Minuman, dengan sokongan berterusan dari pemilik syarikat, Iringan Flora Sdn. Bhd. Idea ini ditimbulkan dalam semangat jenama Aloft, Different by Design, iaitu menawarkan sesuatu yang luar biasa dan pengalaman makan yang menyeronokkan untuk pelanggan Hotel.

ROW - aloft KL Sentral
En. Greg mengetuai pasukan dalam menyusun konsep dan merealisasikan idea RE:FUEL On Wheels

Encik Greg Gubiani, Pengurus Besar Aloft Kuala Lumpur Sentral, mengetuai pasukan dalam menyusun konsep dan merealisasikan idea menjadi hotel pertama di Kuala Lumpur untuk menawarkan perkhidmatan trak makanan kepada tetamu dan pelanggannya.

aloft KL Sentral Weekend Staycation Contest
Jom join contest bergambar dengan food truck Aloft Kuala Lumpur Sentral dan mungkin akan menang penginapan percuma di Aloft

“Re:Fuel On Wheels, merupakan trak makanan kami, ia adalah peluang bagi kami untuk memenuhi keperluan orang ramai dan mengembangkan jangkauan kami dari segi menawarkan pilihan perkhidmatan yang lebih luas, dengan harga yang sangat berpatutan. Dengan trak makanan ini membolehkan kami memberikan aspek yang menyeronokkan kepada perkhidmatan katering kami, “tambah En. Greg.

ROW - Chicken Rice
Nasi Ayam

Re:Fuel On Wheels ini ditempatkan di sepanjang Jalan Stesen Sentral dan beroperasi untuk sarapan pagi dan makan tengah hari pada hari-hari biasa, dengan perancangan untuk disewakan bagi acara persendirian, katering untuk majlis korporat dan sosial.

Nasi Lemak and Rendang Daging
Nasi Lemak and Rendang Daging

Re:Fuel On Wheels dikendalikan oleh pasukan tukang masak muda dan dinamik, yang diketuai oleh Chef Mohd Faizal Bin Mohd Saiful Bahari. Antara menu trak makanan ini terdiri daripada campuran pengaruh Barat dan Malaysia.

Other Menu
Drummet dan Spaghetti

Sarapan pagi, disajikan dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi dari hari Isnin hingga Jumaat, akan menawarkan sajian tempatan dengan harga RM8.00 yang terdiri daripada Mee Goreng dengan Ayam Goreng, Bubur Ayam, dan Nasi Lemak dengan Ayam Goreng. Pilihan makanan barat juga berharga RM8.00 termasuk Burger dan Toast yang menawarkan Burger Ayam Belanda dengan Scrambled Eggs serta French Toast. Pada menu juga terdapat seleksi sejuk seperti Tuna Sandwich, Egg Sandwich, Chicken Tortilla Roll, Vegetarian Ciabatta Sandwich dan Granola Yogurt in Cup berharga RM7.00. Orang ramai yang ingin menikmati sarapan pagi juga boleh mendapatkan jus buah botol hanya RM3.00 atau secawan kopi untuk RM10.00.

ROW - Menu
Seleksi menu dan harga

Menu makan tengahari pula bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang pada Isnin hingga Jumaat dengan sajian tempatan seperti Laksa Sarawak, Nasi Ayam, Rendang Daging dan Dry Wanton Noodle dengan harga RM10.00. Pilihan makanan barat pula seperti Spaghetti menawarkan Basil Pesto dan Chicken Bolognaise dengan pilihan Burger dan Sandwich yang menawarkan Pulled Beef Burger, Grilled Chicken, Tuna dan Smoked Salmon Sandwich. Pilihan yang sihat seperti Buah-Buahan dan Salad juga disediakan dengan pilihan sama ada Buah Campuran dalam bag, Caesar Salad atau Rojak Buah.

Juices and fruits
Jus dan buah-buahan segar

Untuk pertanyaan mengenai  Aloft Kuala Lumpur Sentral Food Truck – Re:Fuel On Wheels (ROW), sila hubungi (60)3 27231188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *