Peraduan Power Root Tunaikan Hasrat Umrah

Peraduan Tunaikan Hasrat Umrah

Peraduan Power Root Tunaikan Hasrat Umrah │  36 orang rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat bakal menunaikan Umrah secara PERCUMA pada Disember 2017 ini dengan menyertai Peraduan Power Root Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Yang Tersayang. Ini merupakan antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat Power Root dalam menyumbang semula kepada komuniti.

Dato' Afifuddin Bin Abdul Kadir, Pengerusi Power Root Berhad
Dato’ Afifuddin Bin Abdul Kadir, Pengerusi Power Root Berhad menyampaikan hadiah kepada para pemenang

“Kami memahami bahawa menunaikan ibadah Umrah dan Haji di Mekah adalah satu tuntutan agama yang perlu dipenuhi bagi mereka yang beragama Islam. Dan sebahagian besar daripada mereka telah menyimpan wang selama bertahun-tahun, semata-mata untuk tujuan ini,” kata Pengerusinya, Dato’ Afifuddin Bin Abdul Kadir.

Power Root Chairman Dato' Afifuddin Bin Abdul Kadir giving his peech at the Power Root Tunaikan Hasrat Umrah prize giving ceremony.
Pengerusi Power Root Dato’ Afifuddin Bin Abdul Kadir memberi ucapan sempena penyampaian hadiah Tunaikan Hasrat Umrah.

“Kami membuat keputusan untuk memainkan peranan kami, dengan membantu rakyat Malaysia menunaikan Umrah, yang dianggap sebagai Haji kecil, melalui peraduan “Tunaikan Hasrat Umrah” dimana kami menawarkan 18 pakej umrah. Dan oleh kerana setiap pakej adalah untuk dua orang, kami sebenarnya menghantar 36 orang pelanggan ke Mekah,” tambah beliau.

Peraduan Tunaikan Hasrat Umrah

Peraduan ini telah bermula pada 1 Mei 2017 bersempena dengan bulan Ramadhan dan bakal berakhir pada 15 September 2017.

Peraduan Tunaikan Hasrat Umrah1

Setakat 15 Julai 2017, tujuh (7) pemenang telah dipilih menggunakan cara algoritma untuk memilih nombor siri yang bertuah. Ini bermakna ada 11 lagi pemenang yang akan dipilih dari minggu ke-8 sehingga minggu ke-18. Apa lagi tunggu, jom masuk peraduan ni cepat….

Untuk menyertai peraduan ini sungguh mudah, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Power Root, dalam bentuk pek atau tin, gunting keratan logo atau cabut pembuka tin untuk dikepilkan bersama borang peraduan. Butir-butir, syarat-syarat dan peraturan peraduan boleh didapati di laman www.powerroot.com.my atau  Facebook AlicafeFacebook Per’l dan Facebook Powerroot.

Tabung Haji Travel
Tabung Haji Travel

Pakej umrah ini disediakan oleh Tabung Haji Travel, ahli syarikat Kumpulan Tabung Haji. Seperti mana yang Naz tahu, Tabung Haji Travel ini menyediakan pakej terbaik untuk ibadah Umrah kerana ia memastikan keselesaan dan ketenangan fikiran peserta ibadah sepanjang perjalanan menunaikan ibadah umrah.

Sidang media bersama Dato' Afifuddin Bin Abdul Kadir dan En. See Thuan Po
Sidang media bersama Dato’ Afifuddin Bin Abdul Kadir dan En. See Thuan Po

Power Root tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia Berhad, mengilang dan mengedarkan produk-produk minuman dan mempunyai rangkaian minuman tenaga herba yang diperkaya dengan herba “Tongkat Ali” dan “Kacip Fatimah” berharga yang berasal dari Malaysia terkenal dengan kekayaan pelbagai khasiat yang membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal. Power Root bukan sahaja mengeluarkan produk minuman berkualiti tinggi yang memenuhi selera rakyat Malaysia, malah turut memastikan produk mereka adalah halal terutamanya untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka yang beragama Islam.

Power Root Berhad - Produk
Power Root Berhad – Produk

Dengan tekad untuk mempromosikan produk-produk tempatan ini ke pasaran antarabangsa, Power Root telah banyak melabur dalam aspek penyelidikan dan pembangunan herba-herba tradisional ini, untuk menghasilkan produk-produk jenamanya sendiri, antaranya Alicafe, Alitea, Per’l dan Extra Power Root.

Naz dah sertai Peraduan Tunaikan Hasrat Umrah Power Root
Naz dah sertai Peraduan Tunaikan Hasrat Umrah Power Root

Jangan lupa untuk sertai Peraduan Tunaikan Hasrat Umrah dan mana lah tahu rezeki anda atau orang tersayang anda untuk menunaikan Umrah pada tahun ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Power Root, sila layari www.powerroot.com.my     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *