ROASTERS Chicken Run 2017 Kumpul Dana RM55K │ Pagi 16 Julai 2017 bertempat di perkarangan Berjaya Times Square, seramai 2000 peserta larian ROASTERS Chicken Run 2017 (RCR17) bagi siri ke-13 telah bersiap sedia. Ini merupakan tahun ke-13 bagi Kenny Rogers Roasters Malaysia (KRR) menganjur acara larian ini bagi tujuan menerapkan gaya hidup yang sihat disamping menyumbang kepada komuniti yang memerlukan.

“Kembali untuk tahun ke-13, kami sangat gembira melihat sokongan berterusan yang kami terima dari orang ramai. RCR adalah salah satu acara penting dalam kalendar kami kerana ia bersesuaian dengan objektif KRR untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan juga membolehkan KRR menyumbang kembali kepada komuniti melalui kerjasama dengan organisasi seperti Food Aid Foundation yang berupaya membantu golongan yang memerlukan dengan menyediakan keperluan asas seperti makanan yang sihat, “kata Sydney Quays, Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Berhad.

“Sebahagian besar dana yang diperoleh dari acara ini akan diberikan dalam bentuk makanan yang sihat dan berkhasiat, dan disumbang kepada yang memerlukan manakala bakinya akan disumbangkan kepada pelbagai organisasi melalui Food Aid Foundation. Kami telah mengenal pasti 35 buah rumah kebajikan serta organisasi dan telah menyumbang sejumlah 3,340 makanan KRR yang sihat antara Julai 2015 hingga Mac 2017’, tambah Sydney.
Dana terkumpul dari ROASTERS Chicken Run 2017 akan diterjemahkan kepada 2,000 lebih set makanan Kenny Rogers Roasters yang akan disumbangkan kepada Food Aid Foundation yang memberi manfaat kepada kira-kira 20 rumah kebajikan. Baki dana akan digunakan untuk membeli bahan-bahan dan barangan runcit untuk rumah-rumah ini.
ROASTERS Chicken Run (RCR) telah mengumpul dana lebih dari RM 701,000 untuk pelbagai pertubuhan dan rumah amal seperti Yayasan Little Yellow Flower, Tabung Kebajikan Pesakit HUKM, Unit Pediatrik HUKM (Onkologi), Unit TUTUR – Pusat Rehabilitasi Aural untuk Kanak-kanak Gangguan Pendengaran bersama Yayasan Budi Peyayang Malaysia dan House of Joy dan Iman, Rumah Sunbeams Yayasan, Rumah Juara, Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Rumah Sayangan, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia – Rawatan Dialisis untuk Orang Muda, Rumah Harapan, Rumah Kebajikan Anbu Illam, Rumah Charis Ti-Ratana Welfare Society, dan Tabung Kebajikan Pesakit PPUKM – Pesakit Diabetik Muda.
ROASTERS Chicken Run 2017 dianjurkan oleh Berjaya Times Square, Taman Tema Berjaya Time Square dan Ultron sebagai rakan sokongannya. Rakan sokongan lain yang menjayakan acara larian tahun ini adalah 100 Plus, Berjaya Hotels & Resorts, Campbell, Cosway, Kenanga Investment Bank, Milo, Nestle, RockTape, Salonpas, Sports TOTO Fitness Centre, Starbucks, Super Asia (SAE), Unilever dan Watsons.


ROASTERS Chicken Run adalah antara inisiatif dalam Kempen Komuniti KRR, yang telah dimulakan pada tahun 2005 untuk membantu golongan kurang bernasib baik. Komitmen KRR terhadap inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini telah membolehkan mereka membawa semula Anugerah Kecemerlangan Media Sosial – Sektor Tanggungjawab Sosial Korporat.
Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-2119 9888 atau layari www.krr.com.my atau ke www.facebook.com/krrmalaysia.