Pesta Kopi Kini Ke Pulau Pinang Disember Ini

Pesta-Kopi

Pesta Kopi Kini Ke Pulau Pinang Disember Ini | Selepas sambutan luar biasa peminat kopi kepada PESTA KOPI KL, MELAKA dan EXTENDED, sekali lagi acara ini kembali atas permintaan ramai. Kali ini PESTA KOPI akan dibawa ke syurga makanan Utara, Pulau Pinang.

Pesta Kopi Pulau Pinang

Diberi nama PESTA KOPI PENANG, acara yang kali pertama diadakan di Pulau Pinang ini akan berlangsung pada 10-11 Disember 2022 bertempat di Hin Bus Depot, Georgetown.  Ia dianjurkan bersama oleh Tempatan Fest dan Rasta Brew Co. dengan sokongan Hin Bus Depot sebagai lokasi rasmi serta Sekolah Kopi sebagai rakan strategik.

Pesta Kopi kini ke Pulau Pinang

Kali ini, acara ini juga turut mendapat sokongan dari Tourism Malaysia sebagai sebahagian dari acara Cuti-Cuti Malaysia.

Pesta Kopi mendapat sokongan Tourism Malaysia

Lebih 45 usahawan kopi tempatan dari seluruh negara serta antarabangsa akan mengambil bahagian untuk edisi kali ini yang akan memperkenalkan pelbagai produk kopi jenama tempatan serta luar negara.  Perhimpunan para usahawan kopi ini pastinya akan menarik minat para penggemar kopi serta menyemarakkan budaya komuniti kopi Malaysia.

Acara ini pastinya akan membawa ‘coffee culture’ kepada peminat kopi di Utara. Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pelbagai produk kopi yang dijual, mereka juga dapat melihat sendiri demonstrasi pelbagai cara penyediaan kopi, cara menyeduh dan memilih biji kopi serta bengkel memanggang biji kopi.

Turut bersama memeriahkan acara ini di Pulau Pinang adalah beberapa pengusaha makanan jalanan serta penampilan istimewa kumpulan Jahvallion dan Aru Peruzza yang akan membuat persembahan di hari acara.

Pesta Kopi Pulau Pinang ini pastinya tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan F&N Magnolia sebagai penaja utama dan juga MBPP (Majlis Bandaraya Pulau Pinang).

Tandakan kalendar anda pada 10-11 Disember 2022 ini.  Alami sendiri kemeriahan Pesta Kopi Pulau Pinang.


INFO RINGKAS PENGANJUR PESTA KOPI PULAU PINANG

MENGENAI TEMPATAN FEST

Tempatan Fest merupakan sebuah syarikat pengurusan acara dan jenama yang memberi fokus kepada usaha menaikkan jenama-jenama usahawan lokal sejak 2010. Acara Pesta Kopi merupakan salah satu acara yang dianjurkan oleh Tempatan Fest. Tempatan Fest diasaskan oleh Encik Seir Rashid.

MENGENAI RASTA BREW CO.

Rasta Brew Co. adalah sebuah syarikat perusahaan kopi yang diasaskan sejak 2016. Ianya diasaskan oleh Encik Sharizal Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Rizal Rasta yang mempunyai 20 tahun pengalaman dalam industri hospitaliti dan makanan. Rasta Brew Co. ditubuhkan dengan objektif untuk menyebarkan pengetahuan yang lebih baik tentang industri kopi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *