Pizza Hut Pastry Crown Blogger Party 2015

Pizza Hut Pastry Crown Blogger Party 2015

Pizza Hut Pastry Crown Blogger Party 2015 Ini merupakan jemputan pertama NaZ menghadiri acara yang dianjurkan oleh Pizza Hut, terima kasih kepada KP kerana memanjangkan jemputan ini. Kalau tak silap NaZ, ini juga merupakan acara pertama tahun 2015 Pizza Hut memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Pastry Crown. Dan bersempena dengan pengenalan produk terbaru ini,  Pizza Hut telah memanggil rakan blogger untuk menikmati hidangan lazat ini. Diadakan di sebuah pusat membeli belah terbaru di Kuala Lumpur iaitu Quill City Mall yang terletak di Jalan Sultan Ismail berhadapan dengan Hotel Sheration Imperial.

Pizza Hut Pastry Crown Blogger Party 2015

Sebaik sahaja tiba di meja makan, NaZ dah terlihat dekorasi ala ala sambutan Tahun Baru Cina… maknanya event kali ini acara 2 dalam 1 – pelancaran Pastry Crown dan sambutan pra Tahun Baru Cina sekali. Menarik sungguh, maklum la acara pertama NaZ join dengan Pizza Hut. Siap sekali dengan Yee Sang yang sedang menanti untuk dilambungkan hehehe.

Pizza Hut CNY theme

Berbalik kepada produk keluaran terbaru dari Pizza Hut, kali ini mereka menampilkan keunikan pizza menerusi kombinasi lapisan inti manis dan lazat beserta kerak keju tiga rasa yang dilapisi pastri mentega garing keemasan. Sungguh ‘rich’ la bak kata orang kampong.

Pastry Crown Pizza Lazat

Diperkayakan lagi dengan special sos BBQ Tennessee dan dilimpahi dengan ketulan meatloaf ayam, bawang, nanas, kapsikum merah, keju mozzarella dan bermacam lagi membuatkan anda terpesona dengan keenakan rasa pada setiap gigitan.

Pizza Hut En. YusufAcara dimulakan dengan kata-kata aluan dari orang kuat Pizza Hut En. Yusof, popular sungguh sehinggakan mendapat sorakan yang luar biasa dari rakan-rakan blogger…ni mesti ada cerita disebalik sorakan ini kan kan kan.

Pizza Hut Lou SangKemudian kami di ajak untuk sesi “lou sang” bagi menyambut Tahun Baru Cina dan acara ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran si cantik manis Marsha Milan.

Marsha Milan Pizza HutBeberapa acara diadakan bagi memeriahkan lagi majlis ini seperti selfie terpantas, mengangkat guli dengan chopstick, makan buah limau dan bermacam lagi. NaZ berjaya jugak la menjadi antara terpantas dalam berselfie dengan Pizza Hut Pastry Crown ini dan mendapat baucer RM50 dari Pizza Hut.

Pizza Hut Instagram ContestAntara babak-babk menarik sepanjang event ini….

Gangguan Blogger Retis Kifli Maly
Staf Pizza Hut Menghidangkan Pizza
Staf Pizza Hut Menghidangkan Pizza
Blogger Berebut Ambil Gambar
Blogger tersohor dengan gaya mereka…
Marsha Milan dengan skil mengangkat Pizza
Marsha Milan mengasah bakat mengangkat Pizza kiri dan kanan
Pizza Hut Side Dish
‘Side Dish’ dari Pizza Hut
Pizza Hut Slice of Pastry Crown
Enak sungguh…

Sebelum berpisah, kami beramai-ramai mengambil kesempatan untuk bergambar secara havoc di Pizza Hut Quill City Mall….

pizzahutparty+ciklilyputih
Foto kredit Cik Lily Putih – memang havoc
Marsha and Nazlan
Peluang jangan dilepaskan…

Nantikan promosi-promosi dari Pizza Hut di masa akan datang.

Delivery – 1 300 88 2525

Facebook – https://www.facebook.com/pizzahutmalaysia

Twitter – https://twitter.com/pizzahutmsia

Instagram – http://instagram.com/pizzahutmalaysia

2 thoughts on “Pizza Hut Pastry Crown Blogger Party 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *