TGV CINEMAS MEMBERIKAN 30 HARI GANJARAN | TGV CINEMAS JAYA SHOPPING CENTRE

TGV Cinemas

TGV Cinemas Memberikan 30 Hari Ganjaran | TGV Cinemas Jaya Shopping Centre TGV Cinemas Jaya Shopping Centre meraikan pembukaan mereka dengan kempen 30 Hari Ganjaran (30 Days of Goodies). Bersesuaian dengan nama kempen tersebut, TGV Cinemas menawarkan kepada 100 pengunjung pertama di TGV Cinemas Jaya Shopping Centre tiket wayang percuma atau set popcorn sederhana dari 5 Mac 2015 sehingga 5 April 2015.

30 Days of Goodies
Kempen 30 Hari Ganjaran

Untuk membuat tebusan ganjaran hari tersebut, pengunjung perlu membeli satu tiket wayang, mengambil foto mereka di papan nama TGV Cinemas dan muat naik foto tersebut ke Facebook, Twitter atau Instagram dengan hashtag #tgvcinemas atau #JayaShoppingCentre.

Ini merupakan salah satu usaha rangkaian pawagam ini untuk meraikan serta mewar-warkan pembukaan pawagan baru mereka, kata Celeste Koay, Pengurus Kanan Pemasaran TGV Cinemas. Ia juga sebagai hadiah ucapan terima kasih kepada pengunjung sempena pelancaran pawagan tersebut baru-baru ini.

TGV Cinemas Jaya Shopping Centre mempunyai 8 ruang pawagam dengan 993 kerusi. Ke semua ruang pawagam ini dipasang dengan sistem bunyi terkini dari Dolby Digital dan Christie® CP2220 sistem pemancar digital panggung wayang. Untuk menambahkan lagi keceriaan dan keselesaan di barisan tempat duduk pertama, Kerusi Beanie (bean-bag) telah dipasang mengantikan kerusi biasa.

Selain kempen 30 Hari Ganjaran (30 Days of Goodies), pengunjung TGV Cinemas Jaya Shopping Centre juga boleh membeli tiket-tiket secara in advance untuk wayang Marvel’s Avengers: Age of Ultron dan menikmati perisa popcorn terkini seperti Sour Cream & Onion dan Peanuts Royale. Terdapat juga promosi Value Deals yang eksklusif buat para pelajar dan warga emas bagi mereka menikmati cerita wayang kegemaran mereka pada harga diskaun.

Sempena pembukaan TGV Cinemas Jaya Shopping Centre, kini TGV Cinemas mempunyai sebanyak 27 panggung wayang di seluruh negara dengan bilangan 219 layar dan lebih dari 37,500 tempat duduk. Pada Disember 2014, TGV Cinemas telah membuka empat cawangan baru di Miri, Sarawak (TGV Cinemas Permaisuri Imperial City Mall), Pulau Pinang (TGV Cinemas AEON Bukit Mertajam), Perak (TGV Cinemas AEON Seri Manjung) dan Johor (TGV Cinemas AEON Kulaijaya).

Akan datang, TGV Cinemas telah mensasarkan pembukaan cawangan baru di Sunway Putra, AU2 Setiawangsa, D’Pluze Cyberjaya, Taiping dan Klebang pada tahun ini.

Untuk keterangan lanjut tentang TGV Cinemas, pembukaan cawangan baru dan aktiviti mereka, anda boleh layarai www.tgv.com.my atau ke halaman Facebook di www.facebook.com/tgvcinemas , Twitter, Instagram dan LINE.

TGV Cinemas Movie Club

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *