Premiere Haunted Hotel di GSC MidValley

Di Pawagam 19 Oktober ini

Premiere Haunted Hotel di GSC MidValley |  Naz ada buat cover tentang filem Haunted Hotel ini pada post yang lalu dan hari ini Naz berpeluang mengajak pembaca bertuah blog Naz untuk bersama-sama menyaksikan tayangan premiere Haunted Hotel ini. Tayangan ini diadakan di GSC MidValley pada pukul 2 petang di pawagam bernombor 21 muahhahahahahaha (gelak seram)…..

Gaya takut yang meyakinkan
Gaya takut yang meyakinkan dari wifey…

Pengambaran filem ini telah diadakan di Amber Court, Genting Highland….ya di Malaysia. Dengar cerita, filem Haunted Hotel ini dah ditayangkan di negara China 6 hari yang lepas dan sehingga hari ini sudah membuat kutipan sebanyak RM9.25 juta. Peergghhh boleh lawan Abang Long Fadil 2 nie….

Jualan tiket mencecah RM9.25 juta
Jualan tiket mencecah RM9.25 juta dalam 6 hari ditayangkan di China

Ok Naz kongsikan sikit sinopsis ya: Ling dan kekasihnya Jun telah ke Malaysia atas urusan tugas. Mereka telah berjaya memenangi wang yang banyak di sebuah kasino. Biasala bila dah menang, time nak balik hujan lebat dan menyebabkan mereka terpaksa berteduh di sebuah hotel, iaitu Amber Court. Dan bermula lah plot seram yang mengejutkan…. mereka dihantui seorang wanita berpakaian putih yang dikenali sebagai Yi.

Yi dari Haunted Hotel ada di pawagam
Yi dari Haunted Hotel pun muncul selepas premiere…

Dalam seram ada permainan minda yang dibuat dalam filem ini dan anda akan dapat merungkai teka-teki ini pada babak-babak hujung nanti (jika anda tak tertido atau tak tutup muka la)… olahan muzik dan babak seram memang menyebabkan anda akan terkejut-terkejut (dah nama pun cerita seram), cuma efek cgi (special effect) dia tak nampak real la tapi kira boleh lah.

Walaupun filem ini seram tapi diselitkan dengan unsur komedi jugak la (mungkin secara tak sengaja kot). Anda nantikan babak Buah Kurma dan Tok Bomoh…. Satu panggung tergelak besar…. Ok lah Naz berhenti setakat ini saja. Korang mesti tengok tau….

Selfie with Yi
Selfie dengan Yi, nampak tak cahaya di dahi Naz membuatkan Yi tak berani nak toleh….

Haunted Hotel ini akan mula ditayangkan diseluruh Malaysia bermula 19 Oktober 2017 di rangkaian pawagam-pawagam yang tersenarai di bawah ini. Terima kasih kepada LOMO Pictures yang telah menaja tayangan premiere ini.

Pawagam-pawagam yang terlibat
68 pawagam akan menanyangkan Haunted Hotel bermula 19 Oktober ini…

Dengar cerita ada lagi aktivti yang dianjurkan oleh LOMO Pictures pada hujung minggu ini di Amber Court, Genting Highlands sempena promosi filem Haunted Hotel di Malaysia. Kalau Naz terpilih nanti, Naz akan kongsikan pada blog post akan datang ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *