Putrade Allsuites at RPGC Kini Di Buka Untuk Tempahan | Bandaraya Ipoh memang banyak tempat menarik untuk dilawati, tak kurang juga destinasi makanan sedap yang boleh anda terjah untuk memuaskan deria rasa bersama keluarga atau teman-teman. Sehari memang tak cukup untuk cover tempat-tempat menarik ini dan harus bermalam semalaman atau dua untuk betul-betul meneroka bandaraya Ipoh ini. Jika ingin bermalam di Ipoh, terdapat sebuah destinasi baru yang baru dilancarkan untuk tempat persinggahan anda, iaitu Putrade Allsuites at RPGC.

Putrade Allsuites at RPGC menerima kehadiran 18 tetamu pertama pada hari pembukaannya hari ini. Terletak di lokasi strategik yang berhampiran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah serta berlatarkan Gunung Lang dan Gunung Bilike, Putrade Allsuites at RPGC dilengkapi dengan prasarana yang serba lengkap. Kelebihan-kelebihan ini telah menjadikan Putrade Allsuites at RPGC menjadi pilihan utama pelancong dalam dan luar negeri Perak terutama sekali di kalangan penggemar sukan golf tempatan.

Terdapat 36 buah unit Suites Apartment yang dilengkapi dengan segala kemudahan yang sofistikated diyakini mampu menjamin keselesaan tetamu yang menginap di sini. Antara kemudahan yang disediakan di dalam setiap Suite termasuklah jaringan internet tanpa had, peti keselamatan elektronik, sistem kad berkunci, penghawa dingin, mini bar, perkhidmatan makan di dalam suite, IDD telefon, televisyen satelit, katil tambahan, dan banyak lagi. Selain itu juga, Putrade Allsuite at RPGC turut menyediakan perkhidmatan concierge dan kawalan keselamatan selama 24 jam, perkhidmatan penghantaran / pengambilan ke lapangan terbang Sultan Azlan Shah, perkhidmatan dobi dan ruang letak kederaan.
Suite Satu-Bilik
Suite satu-bilik ini mempunyai ruang tambahan satu bilik tidur dengan katil saiz Queen atau katil berkembar, TV LED 43 dan 32 inci serta ruang kerja terbuka dengan akses internet berkelajuan tinggi, bar basah dengan microwave dan peti sejuk dan peti keselamatan. Mulakan hari anda dengan secawan kopi dari mesin kopi Dolce Gusto di dalam bilik. Destinasi yang sempurna untuk pemain golf atau pelancong perniagaan.
Harga: Dari RM390 Net semalam; termasuk sarapan pagiSuite Dua-Bilik
Nikmati semua keselesaan suite dua bilik standard dengan ruang yang lebih besar untuk akses yang lebih baik. Suite ini termasuk katil bersaiz King di bilik tidur utama serta katil berkembar di bilik tetamu, TV LED 43 dan 32 inci serta ruang kerja terbuka dengan akses internet berkelajuan tinggi, bar basah dengan microwave dan peti sejuk dan peti keselamatan. Mulakan hari anda dengan secawan kopi dari mesin kopi Dolce Gusto di dalam bilik. Suite ini akan menjadi pilihan yang sangat baik untuk pengembara berkumpulan.
Harga: Dari RM490 Net setiap malam; termasuk sarapan pagiSuite Tiga-Bilik
Cita rasa mewah dan keselesaan, suite-suite ini menikmati ruang lantai luas kira-kira 1,200 kaki persegi dengan pemandangan Royal Perak Golf Course yang menakjubkan. Ruang tamu yang indah dengan tiga bilik tidur katil berkembar dan dua bilik mandi. Terletak di tingkat tiga, suite ini menawarkan privasi dan eksklusif. Ia menyoroti katil bersaiz King di bilik tidur utama dan dua katil berkembar di kedua-dua bilik tetamu, ruang makan yang luas dengan akses internet berkelajuan tinggi dan di samping itu, dilengkapi dengan mesin kopi Dolce Gusto di dalam bilik dan di bilik. Suite ini merupakan pilihan yang indah untuk keluarga atau kumpulan pelancong yang lebih besar.
Harga: Dari RM590 Nett setiap malam; termasuk sarapan pagi
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Kamar Ahmad berkata, Putrade Allsuites at RPGC menawarkan tiga jenis bilik iaitu 2 unit apartment 3 bilik dengan keluasan 1208.87 kaki persegi, 12 unit apartment 2 bilik dengan keluasan 906.55 kaki persegi dan 20 unit apartment 1 bilik dengan keluasan 604.44 kaki persegi. Kadar bayaran untuk Pakej Penginapan Peribadi satu malam dengan sarapan adalah minimum sebanyak RM390 dan maksimum sebanyak 590 untuk apartment 3 bilik.

Selain itu, pelbagai pakej menarik telah disediakan oleh pihak Putrade Allsuites at RPGC bagi memenuhi kehendak pelbagai kategori tetamu. Antaranya ialah pakej penginapan seminar untuk dua hari satu malam turut disediakan di sini dengan kadar bayaran sebanyak RM220 nett seorang dengan syarat minimum penyertaan sebanyak 40 orang pada sesuatu masa. Pakej ini disediakan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa syarikat-syarikat korporat, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang acapkali menganjurkan bengkel, kursus dan latihan untuk kakitangan masing-masing.
Tetamu yang menginap di Putrade Allsuites at RPGC juga boleh beriadah dan bersukan di sini. Kemudahan seperti 18 Hole Championship Golf Course, Driving Range, Gelanggang Tenis, Gelanggang Squash, Kolam Renang beserta Jakuzi, gymnasium dan banyak lagi kemudahan lain turut disediakan di sini untuk memberikan jaminan pengalaman yang terbaik kepada para tetamu yang menginap di sini.

Selain daripada penginapan apartment, para tetamu juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang menyelerakan di Fairway Restaurant yang terletak di Aras 1, bangunan utama Kelab Golf DiRaja Perak.. Restoran ini menyajikan makanan yang dijamin 100% halal dan bukan sahaja menyediakan selera makanan tempatan malahan juga makanan antarabangsa. Chef yang berpengalaman telah ditugaskan khas untuk memastikan makanan yang disediakan di Fairway Restaurant ini mampu memenuhi citarasa tetamu yang berkunjung.


Dengan inovasi dekorasi baharu dan fasiliti yang terkini, Putrade Allsuites at RPGC mampu menjadi salah satu daya tarikan baru dan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat setempatnya khususnya di negeri Perak.
Untuk tujuan tempahan, anda boleh hubungi maklumat tertera di bawah:
tel: +60 5 238 0022
faks: +60 5 238 0021
emel: inquiry@putradeallsuites.com
laman web: www.putradeallsuites.com
facebook: www.facebook.com/putradeallsuitesatRPGC
Anda juga boleh membuat tempahan atas talian melalui wakil agen dalam talian seperti Agoda, Expedia dan Traveloka.
#PutradeAllsuites #RoyalPerakGolfClub