Resepi Sihat Ayam Piccata Dengan Pasta Dan Cendawan

Ayam Piccata dengan Pasta dan Cendawan

Resepi Sihat Ayam Piccata Dengan Pasta & Cendawan |  Hari ini Naz nak kongsikan resepi sihat yang telah diajarkan oleh Eksekutif Sous Chef Grand BlueWave Hotel Shah Alam, Chef Firdaus Ismail semasa Media Gathering 2017 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam bulan lepas.

Resipi Sihat Ayam Piccata Dengan Pasta & Cendawan

Ada 2 resipi sihat yang Naz dah belajar dari Chef Firdaus Ismail ni iaitu, Ayam Piccata dengan Pasta dan Cendawan dan satu lagi Sup Kacang Pea yang sesuai di buat sebagai starter. Resipi sihat Sup Kacang Pea akan dikongsi dalam post akan datang.

Ok mari kita mulakan…. terlebih dahulu bahan-bahan untuk resipi sihat Ayam Piccata ini. Ada 2 bahan-bahan yang perlu disediakan seperti di bawah:

Bahan-bahan untuk Ayam

  • 3 sudu teh minyak zaitun
  • 1/3 cawan tepung serbaguna
  • 2 cawan air stok ayam
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1/4 cawan daun parsley yang dihiris
  • 2 sudu besar capers (sejenis herba)

Bahan-bahan untuk Pasta

  • 6 auns pasta gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 isi ayam (anggaran 450 gram)
  • 3 ulas bawah putih di kisar
  • hirisan cendawan (anggaran 280 gram)

Cara-cara penyediaan

  1. Panaskan satu periuk air sehingga mendidih dan kemudian masukkan pasta. Biarkan sehingga ia menjadi lembut dalam 4 hingga 6 minit. Kemudian keluarkan dan bilas dengan air biasa.
  2. Masukkan 5 sudu teh tepung serbaguna ke dalam air stok ayam didalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan baki tepung serbaguna tadi ke dalam bekas leper. Taburkan garam dan lada hitam kepada isi ayam dan kemudian tekapkan kedua belah isi ayam ke tepung.
  4. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana dan masukkan 2 sudu teh minyak zaiton tadi. Apabila kuali sudah panas, masukkan isi ayam tadi dan masak sehingga tiada lagi warna merah di isi tengah dan bertukar warna keperangan. Ini mengambil masa antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sisi bahagian ayam tersebut. Apabila siap, pindahkan ke pinggan dan tutup untuk pastikan ia masih panas.
  5. Panaskan 1 sudu teh minyak zaiton dalam kuali tadi dengan api sederhana tinggi. Masukkan hirisan cendawan dan goreng sehingga ia mengeluarkan jus dan bertukar warna keperangan sedikit, dalam 5 minit. Keluarkan dan letakkan diatas pinggan.
  6. Masukkan bawang putih kisar ke dalam kuali dan goreng sehingga 2 minit. Masukkan campuran air stok ayam dan tepung tadi, jus lemon dan garam sedikit. Biarkan mendidih dan sehingga kuah tadi menjadi pekat dalam 5 minit.
  7. Masukkan hirisan daun parsley, capers, mentega sedikit dan cendawan digoreng tadi. Keluarkan 1/2 dari kuah tersebut dan masukkan pasta ke dalam baki kuah tersebut. Gaulkan sehingga mesra kuah dan pasta tadi.
  8. Hidangankan pasta tersebut di atas pinggan dan letakkan isi ayam tadi di atas pasta tersebut bersama kuah yang diasingkan tadi.

Mudahkan penyediaan resipi sihat Ayam Piccata dengan Pasta dan Cendawan. Kalau keliru, boleh tengok rakaman yang Naz dah buat semasa penyediaan resipi sihat ini.

 

So selamat mencuba dan tunggu resipi sihat kedua iaitu Sup Kacang Pea.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *