Tesco Dan foodpanda Bekerjasama Untuk Kemudahan Pelanggan

Tesco X foodpanda

Tesco Dan foodpanda Bekerjasama Untuk Kemudahan Pelanggan | Dalam memberikan kemudahan yang lebih besar kepada pelanggan, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd kini menjadi peruncit utama pertama yang bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan penghantaran antarabangsa atas permintaan, foodpanda Malaysia. Melalui perkongsian ini, pelanggan dapat memesan hingga 3,000 barang yang termasuk produk makanan segar, barangan runcit dan mendapatkannya dalam masa 40 minit.

Tesco X foodpanda

Kerjasama ini akan mengukuhkan lagi kehadiran Tesco di atas talian yang kini wujud melalui platform membeli-belah runcitnya sendiri, Tesco Online.

“Di Tesco, kami berusaha keras untuk pelanggan-pelanggan kami. Kami telah berusaha untuk memastikan akses kepada para pelanggan melalui rangkaian 62 cawangan kami di seluruh negara, manakala rangkaian barang Barangan Berjenama Tesco kami juga umumnya lebih murah apabila dibandingkan dengan jenama nasional,” kata Pengarah Produk, Kenneth Chuah.

Tesco x foodpanda - Kenneth Chuah_Product Director Tesco Malaysia

“Pandemik Covid-19 yang berlarutan menyebabkan pelanggan mulai mengubah cara mereka berbelanja. Ramai yang mencari pilihan di mana mereka merasa lebih selamat untuk membeli barang keperluan mereka. Kerjasama dengan foodpanda ini tidak hanya akan bermanfaat bagi pelanggan setia kami, tetapi juga akan membantu mereka yang masih was-was untuk meninggalkan keselamatan dan keselesaan rumah mereka untuk menjalankan perbelanjaan runcit,” sambung Chuah.

“Perdagangan pantas (atau q-commerce) adalah e-commerce generasi seterusnya – menyediakan penghantaran ultra cepat, dengan waktu penghantaran secepat 40 minit dari kedai kerjasama kami. Kami kini telah memasuki era perdagangan pantas, di samping perubahan selari dalam gaya hidup dan pilihan pengguna di seluruh dunia. Kelajuan dan kemudahan menjadi lebih penting daripada sebelumnya,” kata Sayantan Das, Pengarah Urusan, foodpanda Malaysia.

Tesco x foodpanda - Sayantan Das_MD foodpanda Malaysia

Dia menambahkan, “Kerjasama kami dengan Tesco membolehkan kami mengembangkan perkhidmatan bersama- sama untuk pelanggan kami dan menawarkan kemudahan untuk keperluan mereka yang telah berubah. Terutama sekarang kerana orang ramai digalakkan untuk tinggal di rumah, kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan rakan kongsi seperti hypermarket ini untuk dapat memberikan pelanggan kemudahan pesanan dengan cepat dan mudah di seluruh Malaysia.”

Pelanggan-pelanggan Lembah Klang kini boleh menggunakan platform foodpanda untuk membuat pesanan dari Tesco Paradigm Mall, Kepong, Extra Cheras, Extra Puchong, Bandar Puteri Bangi, Kajang, Bukit Puchong, Shah Alam, Wangsa Walk, Setia Alam dan Selayang.

Hypermarket ini juga bertujuan untuk berkembang dengan foodpanda ke bahagian lain di Malaysia menjelang akhir tahun ini. Pelanggan dari Melaka akan dapat memesan melalui foodpanda dari Tesco Peringgit Melaka dan Melaka Cheng; Negri Sembilan (Tesco Extra Seremban Jaya), Perak (Tesco Ipoh dan Stesen 18); Pulau Pinang (Tesco Penang dan Bukit Mertajam) dan Johor (Tesco Extra Tebrau City).

Kajian kolaboratif oleh Facebook dan Bain & Company yang bertajuk ‘Digital Consumers of Tomorrow, Here Today’ yang diterbitkan pada bulan Ogos 2020 menyatakan bahawa peratusan pengguna digital Malaysia berada pada 83 peratus, dengan 48 peratus membeli secara dalam talian pada tahun lalu.

Pembelian runcit dalam talian di Malaysia juga mencatat pertumbuhan tertinggi dalam penembusan runcit dalam talian pada tahun 2020 sejak 2018, didorong oleh wabak Covid-19 yang sedang berlangsung dengan pengguna membeli barangan runcit, bahan makanan segar dan minuman bukan alcohol di atas talian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *