Kempen CSR TOP sumbang Pakaian Seragam Sekolah | TOP, jenama bahan pencuci No. 1 di Malaysia kembali menceriakan 500 orang kanak-kanak dari beberapa buah NGO terpilih di seluruh negara menerusi kempen CSR Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Memasuki tahun keempat, kempen tersebut menyediakan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada lebih 1,600 orang kanak-kanak dari 18 buah rumah kebajikan.

TOP bekerjasama dengan peruncit utama, MYDIN untuk melaksanakan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember, di mana, 30 sen daripada jualan produk terpilih TOP di semua cawangan MYDIN di seluruh negara akan disalurkan untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak yang berusia di antara 7 hingga 17 tahun dari 18 buah rumah kebajikan.
Keperluan persekolahan itu termasuklah pakaian seragam, beg sekolah dan alat tulis yang lengkap buat semua kanak-kanak yang terlibat.
Kempen ini mempunyai dua objektif utama iaitu memberikan kanak-kanak pakaian seragam baharu yang boleh mereka banggakan, seterusnya memberikan motivasi untuk mereka mencapai sesuatu dengan lebih tinggi dengan menaikkan keyakinan dan harga diri mereka. Ia juga bertujuan mendidik mereka tentang pentingnya gaya hidup yang bersih. Ini termasuklah menjaga dan mencuci pakaian masing-masing agar sentiasa bersih.
Pakaian seragam untuk kanak-kanak dari rumah kebajikan di seluruh negara ini sudah boleh diambil sebelum sekolah dibuka. Ini pasti memberi ketenangan minda kerana mereka boleh memakai pakaian baharu untuk sesi persekolahan yang baru.

Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn. Bhd., Mr. Leroy Yoon berterima kasih kepada MYDIN dan para pelanggan atas sokongan mereka terhadap program yang nyata memberi harapan serta kegembiraan kepada kanak-kanak berkenaan.
“Kami terharu dengan sokongan MYDIN dan para pelanggannya yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi dalam menjayakan kempen yang cukup bermakna ini. Sumbangan ini sangat bermakna kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sokongan mereka nyata memberi harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan dengan pakaian seragam baharu, sama seperti rakan-rakan mereka yang lain.
18 buah rumah kebajikan yang terlibat ialah:-
Kedah/Perlis
1. Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda
2. Rumah Superkids
Penang
3. Pertubuhan Rumah Kebajikan Seri Cahaya Pulau Pinang
4. Pusat Jagaan Persekutuan Kebajikan Anak Anak Yatim Islam Pulau Pinang
Kelantan/Terengganu
5. Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih
6. Rumah Anak Yatim dan Dhuafa’ Siti Aminah (RAYSA)
Perak
7. The Salvation Army Ipoh Children’s Home
8. Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Nurul Iman
Kuala Lumpur/Selangor
9. Rumah Hope
10. Rumah Bakti Nur Syaheera
Pahang
11. Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah Permata Camar
12. Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-kanak Casa Harapan
Negeri Sembilan
13. Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Rhema
14. Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA)
Melaka
15. Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna Malaysia
16. Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan Bukit Baru
Johor
17. Pusat Kebajikan Kalvari Johor
18. Persatuan Kebajikan Darul Hanan
“Pada masa yang sama, TOP juga berbangga untuk menawarkan inovasi dan manfaat produk kami kepada semua. Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif yang dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk menikmati masa depan lebih cerah. Terima kasih kepada semua pengguna TOP yang menjayakan kempen ini selama empat tahun berturut-turut,” kata Mr. Yoon.
Maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan: 1800-88-0133.