Wiko Upulse Segmen Pertengahan Yang Berkuasa

Wiko Upulse Segmen Pertengahan Yang Berkuasa │ Sambungan dari pelancaran 3 model terbaru Wiko baru-baru ini, Naz berpeluang membuat review telefon pintar Wiko Upulse, antara yang paling berkuasa dari koleksi trio terbaru Wiko.

Spesifikasi Asas:

  • Pemprosesan Quad-core 1.3Ghz
  • Papapran skrin HD 5.5inci
  • 3GB RAM
  • 32GB ROM (boleh ditambah kapasitinya sehingga 128GB melalui kad micro SD)
  • 13MP kamera belakang / 8MP kamera depan (siap flash untuk selfie)
  • Fungsi lain: Sensor cap jari, Super Pixel, WiBOARD Smart Folio, Doze 2.0
  • Menyokong 4G LTE, Bluetooth, WiFi
  • Android 7.0 Nougat
  • 3000mAh bateri

Ya betul, koleksi trio Wiko ini semuanya didatangkan dengan sistem operasi Android 7.0 Nougat dan harga untuk Wiko Upulse hanya RM799.

Untuk review kali ini, Naz akan fokus kepada fungsi kameranya sahaja dan dibandingkan dengan model Wiko terdahulu iaitu Ufeel. Di sini kita akan lihat perbezaan yang terdapat pada kebolehan kamera dan juga hasil foto yang diambil oleh kedua-dua model ini.

Wiko Upulse vs Wiko Ufeel

Secara pandangan mata kasar, skrin paparan Upulse lebih besar 0.5” dari Ufeel serta lebih jelas dan terang disebabkan penggunaan kaca ‘500 nits brightness’. Bagi fungsi kamera dan videonya pula, terdapat beberapa perbezaan seperti dalam jadual di bawah:

  Wiko Upulse Wiko Ufeel
Kamera utama (belakang) 13 Megapixels 13 Megapixels
Fungsi kamera Auto-HDR, Panorama, Night, Burst, Live filters, Super-High Resolution, Professional, Face Beauty, Live Portrait Blur, Time Lapse, Face recognition, Story. DualView, Wideselfie, Night Shot, Panorama, HDR, Professional mode, Face Beauty.
Flash Ada Ada
Kamera depan 8 Megapixels + Selfie flash 5 Megapixels + Selfie flash
Zoom digital 4x 4x
Auto fokus Ada Ada
Editor imej Ada Ada
White Balance Auto, Incandescent, Daylight, Fluorescent, Cloudy Auto, Incandescent, Daylight, Fluorescent, Cloudy
Perakam video 720p@30fps 1080p@30fps

Memandangkan ini adalah sebahagian daripada range Wiko U, pek Wiko Upulse lengkap dengan ciri-ciri seorang jurugambar profesional. Dilengkapi kamera belakang 13MP dengan pengesanan Auto-Scene, Fast Auto Focus, Penapis Langsung, dan tambahan Super Pixel fotografi. Dalam banyak-banyak fungsi canggih, fungsi Super Pixel Mode dilengkapi dengan sistem kanta 5p untuk membolehkan pembesaran gambar sehingga resolusi 52 megapixel, ciri yang jarang dibekalkan di kalangan telefon pintar utama baru.

Kamera Wiko Upulse

Kamera Wiko Upulse

Malah kamera hadapan 8MP tidak kurang hebatnya kerana ia dilengkapi dengan LED flash lembut dan menawarkan mod HDR bersama-sama dengan fungsi Selfie Wide-powered panoramic, fungsi canggih yang kebiasaannya tiada pada telefon pintar segmen pertengahan. Selain itu, fungsi kesan artistic juga terdapat pada peranti ini seperti potret artistik (Live Portrait) yang mengaburkan latar belakang untuk mewujudkan kesan yang lebih dramatik untuk subjek utama gambar tersebut.

Ini antara gambar-gambar yang di ambil menggunakan fungsi kamera Upulse.

1. Fungsi Zooming

Wiko Upulse-vs Wiko Ufeel
Gambar zoom diambil dengan Wiko Upulse
Wiko Ufeel-vs Wiko Upulse
Gambar zoom diambil dengan Wiko Ufeel

Gambar pintu utama Istana Negara dari Wiko Upulse lebih jelas dan sharp berbanding Wiko Ufeel, serta mutu warna yang lebih baik. Dari segi pembesaran (zooming) lebih baik dan masih boleh membaca perkataan di pintu dari kamera Upulse. Jarak pemgambilan foto di atas kurang lebih 100 meter dari objek.

Wiko Upulse-zooming x4.0
Ketepatan dan gambar tidak pecah apabila menggunakan fungsi zoom sehingga 4 kali…

Gambar di atas diambil ketika membuat lawatan ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. dan Para Sahabat R.A. di Masjid Shah Alam, Selangor. Ini merupakan gambar darah bekam Rasulullah S.A.W. yang diletakkan di dalam kotak gelas. Jarak kamera dari objek antara 1-2 meter. Gambar jelas dan warna yang baik apabila di zoom hingga 4 kali.

2. Fungsi Fokus

Naz mencuba fungsi fokus dan cuba mendapatkan efek kabur pada gambar. Naz mencuba fungsi ini di majlis pengenalan Tetley Tea bersama Tetley Tea Master. Naz telah membuat 2 percubaan, fokus objek hadapan (kabur di belakang) dan fokus objek belakang (kabur di hadapan). Lihat hasilnya…

Fungsi Fokus Upulse
Penggunaan fungsi fokus objek/imej dengan efek kabur…

Gambar di atas mengunakan fungsi auto sahaja dan tidak langsung menggunakan mod Professional yang ada pada Upulse ini yang boleh mengawal ISO, Saturation, AWB, M focus, dan sebagainya. Sungguh mudah untuk menghasilkan efek ini walaupun Naz bukan jurugambar profesional.

3. Mod Time Lapse

Mod Time Lapse ini memang best sebab boleh menghasilkan video yang menarik seperti merakam waktu matahari terbenam atau matahari terbit. Merakam perjalanan anda di dalam kenderaan dan apa-apa yang ada terfikir. Dalam mode ini terdapat mod time laps X5 X10 X60 X180 dan X300. Lihat apa yang Naz rakam menggunakan fungsi ini….perhatikan pada saat ke-52 apabila asap putih keluar dan cahaya matahari juga turut menerangi kawasan ini.

4. Mod Super Pixel

Fungsi Super Pixel
Fungsi ini membenarkan imej dibesarkan sehingga 32x untuk melihat butiran yang tak tercapai dengan mata kasar

Ini eksperimen yang Naz lakukan untuk menguji fungsi Super Pixel. Pada nota RM50, Naz telah membesarkan sehingga 16x sehingga dapat melihat nombor 50 kecil yang banyak di dalam nombor 50 yang ada pada nota kertas tadi. Ia boleh pergi sehingga 32x.

5. Mod Filters

Wiko Upulse - Mod Filters
Mod filters memberikan anda pelbagai pilihan untuk mod warna gambar anda.

Mod Filters ini memberikan kepada anda pilihan gambar yang boleh di ambil selain dari mod biasa (None), dan dalam 8 mod yang lain.

Ini antara fungsi kamera yang terdapat pada Wiko Upulse. Pada Naz, kualiti gambar yang diambil sungguh memuaskan, jelas dan warna yang baik. Memang seronok bila membuat liputan di acara yang Naz hadiri kerana dapat merakamkan banyak gambar yang cantik dan boleh digunakan pada blog. Sangat rekomen Wiko Upulse ini, walaupun smartphone peringkat pertengahan tetapi mempunyai kamera yang menghasilkan gambar yang baik dan cantik. Harganya pun sungguh berpatutan pada RM799!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *