Zon Juara MILO Menyatukan Rakyat Malaysia Sempena Sukan SEA ke-29 Ι Berikutan pelancaran rasmi Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017, MILO telah melancarkan pameran hospitalitinya, Zon Juara MILO. Inisiatif ini bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan dan keterujaan di kalangan rakyat Malaysia dalam menyokong ibu pertiwi tercinta kita dari 19 hingga 30 Ogos 2017.

Zon Juara MILO terletak di AXIATA Arena, Bukit Jalil di mana rakyat Malaysia berpeluang merenung memori detik-detik terpenting dalam sejarah kesukanan di Malaysia pada dinding MILO Arena. Selain itu, ia turut menyediakan beberapa ruang mengambil foto di mana rakyat Malaysia boleh mengambil gambar-gambar menarik dan berkongsinya di media sosial dengan hashtag #BersatuKitaTeguh atau #StrongerTogether bersama kata-kata positif untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada semua atlet kita. Acara ini merupakan sebahagian daripada kempen #BersatuKitaTeguh MILO dalam menyatukan dan menyeru semua rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepada atlet-atlet kita di Kuala Lumpur 2017.

“Selama lebih 60 tahun, MILO telah menyokong pelbagai inisiatif sukan dan menjana perkembangannya melalui kerjasama dengan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Kami berhasrat menyediakan satu platform yang mampu menyatukan rakyat Malaysia untuk meraikan semangat kesukanan dan memberi sokongan kepada atlet-atlet kita di Kuala Lumpur 2017,” demikian kata Ng Ping Loong, Pengurus Pemasaran Sukan MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Para pengunjung bukan sahaja dapat menyertai pelbagai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan, malah berpeluang memenangi pelbagai hadiah edisi terhad yang eksklusif daripada MILO.

Sempena kemeriahan Sukan SEA 2017, para pelawat juga berpeluang menyaksikan inovasi terkini MILO iaitu MILO Champ Squad, pengesan kesihatan dan aktiviti canggih yang direka khas buat kanak-kanak. Peminat MILO juga berpeluang memperolehi tawaran eksklusif untuk produk-produk MILO yang digemari, serta menikmati MILO® Kaw edisi terhad untuk rasa coklat yang lebih KAW.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.milo.com.my
Tentang MILO®
MILO®, minuman berkhasiat malt coklat yang terkemuka di Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 1950 dan dikenali dengan rasa unik yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Dipenuhi dengan kebaikan semula jadi malt, susu dan koko, dan diperkaya dengan Activ-Go; campuran unik vitamin dan mineral, MILO® merupakan minuman yang paling popular di Malaysia dan telah melahirkan generasi juara sejak dari dulu lagi.