NovelPlus Tarikan Penulis Indie Dan Pembaca Novel

NovelPlus App

NovelPlus Tarikan Penulis Indie Dan Pembaca Novel |  Berita baik buat penulis indie dan juga pembaca novel tegar di Malaysia! Kini NovelPlus menjadi perintis dengan menawarkan ekosistem lengkap buat penerbit Indie dan pembaca novel.

 

Apa itu NovelPlus

NovelPlus, sebuah aplikasi saluran kreatif dan pembacaan menerusi telefon pintar, telah mendapat sambutan positif dan telah menerbitkan lebih dari 500 karya fiksyen berbahasa Melayu daripada penulis Indie tempatan.

NovelPlus menawarkan para penulis cara mudah, pantas, kebebasan berkarya dalam penulisan, kolaborasi dan secara terus menyalurkannya kepada berjuta pembaca tegar.

novelplus logoTidak seperti cara lama dalam self-publishing, NovelPlus menghapuskan halangan yang wujud daripada teknologi dengan mewujudkan peralatan mudah guna untuk menyiarkan novel menjadikan ia lebih mudah buat penulis untuk kekal fokus dalam penulisan dan meraih pembaca baru.

Sehingga kini, NovelPlus telahpun mempunyai lebih dari 500 ratus karya yang telah dihasilkan oleh penulis Indie bukan sahaja dari Malaysia bahkan juga dari Indonesia, Singapura dan Brunei, dan semua konten yang ada dalam aplikasi ini boleh dibaca secara percuma oleh pengguna NovelPlus. Mekanisma pembelian dalam aplikasi ini akan dilancarkan tidak lama lagi setelah lebih ramai pengguna mengenali aplikasi ini.

 

Objektif NovelPlus

NovelPlus mensasarkan dua perkara: membantu orang ramai menceritakan kisah mereka dan membolehkan mereka berkongsi karya mereka secara langsung dengan pembaca. Dengan adanya kecanggihan teknologi, pembacaaan menjadi lebih mudah berbanding membawa senaskah buku untuk dibaca ketika anda dalam pengangkutan awam, ke kampus atau tempat kerja.

NovelPus telah dilancarkan pada 16 November 2015, dan boleh didapati di Google Store dan Apple Appstore menerusi pautan www.novelplus.co, orang ramai boleh menikmati karya-karya indah yang ditulis oleh orang lain seperti mereka, serta menyelami ke dunia fantasi dan kreatif menerusi karya hebat yang dihasilkan. Ia bukan setakat berakhir di situ.

 

Sesiapa Boleh Menjadi Penulis di NovelPlus

Hari ini, buku yang diterbitkan secara sendiri diedarkan secara meluas, tetapi NovelPlus menjadikan kerja penerbitan lebih mudah untuk komuniti setempat, dengan karya-karya menyayat hati, romantis yang lebih relevan dengan budaya masyarakat Malaysia.

Menariknya di NovelPlus, sesiapun boleh menjadi penulis, tanpa mengira had umur. Hanya dengan menghantar karya anda di NovelPlus, karya anda secara automatik akan disiarkan secara digital dan setakat ini penulis termuda yang menghantar karya kepada NovelPlus berusia 12 tahun.

Start writing on NovelPlus
Anda terus boleh menghantar karya anda di NovelPlus

NovelPlus adalah satu-satunya aplikasi yang menyiarkan karya berbahasa Melayu secara digital. Aplikasi ini mengandungi sifat kebolehbacaan yang hebat dan pembaca boleh menyelak helaian muka surat sama seperti buku.

 

Antara novel-novel yang terkini di NovelPlus….

NovelPlus Top Novels
Antara novel-novel yang ada di NovelPlus

 

Tentang NovelPlus

NovelPlus ditubuhkan sebagai inisiatif menggalakkan pembacaaan dan penulisan dikalangan komuniti tempatan. Kami percaya setiap orang mampu menerbitkan, berkongsi dan mengedarkan karya kreatif mereka untuk dibaca oleh pembaca setia. NovelPlus dicipta untuk rakyat Malaysia, yang mempunyai kisah untuk diceritakan. Dengan menghasilkan satu ekosistem penerbitan yang mudah diguna dan menyeluruh, NovelPlus telah membuka dunia penerbitan baru kepada orang ramai yang mempunyai akses internet dan minat mendalam dalam bidang penulisan mencurah.

NovelPlus, merupakan sebuah platform indie dan kreatif, yang tidak hanya menyediakan jaringan antaara penulisa dan pembaca, bahkan ia juga memupuk minat membaca dikalangan rakyat Malaysia dengan menjadikan ia lebih mudah dan menyeronokkan.

Dilancarkan pada tahun 2015, NovelPlus telah mempunyai lebih dari 500 karya yang boleh diakses  lebih dari 11,000 pengguna.

NovelPlus boleh diikuti melalui…..

Facebook:  https://www.facebook.com/novelplus/

Instagram:  https://www.instagram.com/novelplus/

Twitter:  https://twitter.com/appnovelplus

Google+:  https://plus.google.com/109439239748577152319/posts

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *