Drama Jalan ‘Sesat’ Ke Syurga Singkap Isu Akidah dan Ajaran Sesat

Jalan 'Sesat' Ke Syurga - Drama Bersiri

Drama Jalan ‘Sesat’ Ke Syurga Singkap Isu Akidah dan Ajaran Sesat | Drama bersiri Jalan ‘Sesat’ Ke Syurga merupakan sebuah naskah asal yang diinspirasikan daripada konflik gerakan golongan ekstrimis dan feminis berlandaskan ideologi agama yang terpesong terbitan pihak Astro Prima dengan kerjasama syarikat produksi Nuansa Sdn Bhd. Drama 35 episod arahan Shuhaimi Zulkefli ini turut mendapat sentuhan sutradara berkaliber, Osman Ali selaku Pengarah Kreatif serta Siti Jasmina Ibrahim selaku penulis skrip.

Drama Jalan 'Sesat' Ke Syurga Singkap Isu Akidah dan Ajaran Sesat

Jalan ‘Sesat’ Ke Syurga sudah mula ditayangkan menerusi slot Tiara secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang serta turut boleh distrim menerusiaplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Norzeha Pengurus Saluran Astro Prima - Jalan 'Sesat' Ke Syurga

Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima “Sebelum ini, Astro Prima sering menerbitkan kandungan drama yang mengetengahkan format adaptasi kerana fenomena tersebut terbukti mendapat sambutan positif daripada peminat drama Melayu. Terbaharu, kami mengangkat naskah asal untuk diketengahkan menerusi drama Jalan ‘Sesat’ Ke Syurga yang dilihat memiliki kekuatan tersendiri daripada segi naratif penceritaan bagi memberi kelainan dan variasi kepada penonton.

Berbeza dengan drama Melayu klise yang sering mengangkat konflik cinta dan perebutan kuasa, drama Jalan ‘Sesat’ Ke Syurga mengangkat isu yang lebih berat dalam mengupas konflik akidah dan ancaman ideologi gerakan pemikiran sesat berlandaskan agama yang tersasar daripada ajaran Islam sebenar. Walaupun mengundang kontroversi, namun kami percaya para penonton dapat mengambil iktibar dan menghargai nilai estetika seni yang ingin disampaikan menerusi drama ini.”

Sinopsis Drama ‘Sesat Jalan Ke Syurga’

Inara (lakonan Elizad Sharifuddin) kembali bernafas setelah sudah diisytiharkan mati. Setelah ‘dihidupkan semula’, Inara berubah dan mahu menjadi seorang Muslimah yang baik, seorang yang bukan dirinya sebelum ini. Ibu bapa Inara, iaitu Asyirah (lakonan Aleza Shadan) dan Zaqwan (lakonan Dato’ Jalaluddin Hassan)  gembira dengan perubahan Inara, namun apa yang diajar oleh mereka berkaitan agama menggelirukan Inara. Zaqwan merupakan ahli jemaah kumpulan ‘Gerakan Elit’. Manakala Asyirah pula memperjuangkan ideologi kumpulan ‘Hawa Islam’ yang berbeza dengan golongan ekstrimis ‘Gerakan Elit’.

Aleza Shadan dan Elizad Sharifuddin dalam drama Jalan 'Sesat' ke Syurga
Drama Jalan 'Sesat' Ke Syurga kini di aluran Astro Prima HD
Aaron Aziz dan Dato' Jalalludin Hassan

Inara kemudian bertemu Hamzah (lakonan Dato’ Aaron Aziz), seorang penagih dadah yang positif HIV tetapi menjalani kehidupan yang sihat dengan menggunakan ubat ARV. Hamzah mengusahakan sebuah kafe komuniti yang bertujuan untuk membantu penagih-penagih dadah di luar sana. Apabila Hamzah bertemu Inara, dia tahu bahawa Inara adalah wanita yang terbaik untuk dirinya. Walaupun Inara pada mulanya menolak untuk cinta Hamzah, dia berasa selesa dan selamat di samping Hamzah. Mereka akhirnya bersetuju untuk berkahwin dan menyelamatkan ibu bapa Inara dari ajaran sesat yang dipraktikkan oleh mereka.

Hamzah mendapatkan sokongan dari gurunya di kampung, dan mereka membuat keputusan untuk menyertai kumpulan ajaran sesat tersebut dan mencari jalan untuk menyelamatkan ibu bapa Inara daripada kumpulan tersebut. Namun, apa yang mereka pelajari daripada kumpulan tersebut sangat mengejutkan. Ahli-ahli ajaran sesat tersebut sangat licik, pengkhianat dan berkelakuan ganas. Inara dan Hamzah menghadapi pelbagai cabaran dan banyak berkorban sepanjang mengikuti kumpulan tersebut. Akhirnya, dengan rahmat Tuhan, mereka berjaya menyelamatkan ibu bapa Inara dari kumpulan tersebut.

PELAKON UTAMA

Elizad Sharifuddin sebagai INARA

Dato’ Aaron Aziz sebagai HAMZAH

Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai DR ZAQWAN

Aleza Shadan sebagai PUAN ASYIRAH

PELAKON PEMBANTU

Nelissa Nizam sebagai AIN

Zul Helmy sebagai AFIQ

Sri Idrina sebagai Julia

Zalfa Zin sebagai SALLY

Suzane Ortiz sebagai MUNA

Saliza Ali sebagai EMA

Rashidah Jaafar sebagai HALIMAH

Naza Manas sebagai MADI

Abil Habshi sebagai IKHWAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *