Nestlé Malaysia Buka Peluang Pekerjaan Kepada 500 Belia Menjelang 2021

SONY DSC

Nestlé Malaysia Buka Peluang Pekerjaan Kepada 500 Belia Menjelang 2021 | Sempena Hari Belia Antarabangsa, baru-baru ini Nestlé Malaysia telah menganjurkan sesi webinar yang membincangkan topik-topik semasa termasuklah “Kerjaya Semasa COVID-19”, sekali gus mengumumkan komitmennya untuk memberikan peluang pekerjaan kepada 500 orang belia menjelang 2021, termasuk daripada komuniti B40.  Pengumuman ini adalah sebahagian daripada usaha Syarikat menyokong kumpulan masyarakat yang terjejas akibat pandemik ini. Usaha ini sejajar dengan cita-cita global Kumpulan untuk membantu menyediakan peluang ekonomi kepada 10 juta golongan muda menjelang 2030.

he webinar session saw industry leaders share their insights on "Careers in Times of COVID-19”.
[From left]  Moderator Ben Ibrahim with Dato' Hamidah Naziadin, Group Chief People Officer of CIMB Group & Board Member of Nestlé Malaysia; Shahzad Umar, Executive Director, Human Resources, Nestlé Malaysia; Ng Su Yen, Business Executive Officer, MILO, Nestlé Malaysia; Shazmi Ali, Country HR Director of Shell Malaysia; and Nada Marie, Director of Graduan.

Pengangguran belia ialah satu isu global yang kian meruncing lebih-lebih lagi ekoran kesan COVID-19. Di Malaysia, pengangguran belia semakin meningkat, dan laporan baru-baru ini menunjukkan bahawa 1/3 daripada mereka yang kehilangan kerja pada 2020 melibatkan golongan belia yang berusia di bawah 30 tahun. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menangani masalah ini, Nestlé beriltizam untuk meningkatkan keupayaan belia mendapatkan kerja menerusi program Pelatih Pengurusan, Latihan Amali dan Perantis, dan juga pengambilan menerusi peluang pekerjaan secara langsung.

En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “Pada masa yang mencabar ini, ramai rakyat Malaysia terkesan akibat kehilangan pendapatan dan pekerjaan. Malah golongan muda Malaysia secara khusus terjejas akibat kekurangan peluang pekerjaan. Menerusi program-program ini, Nestlé bertekad untuk membentuk masa depan yang lebih lestari bagi belia Malaysia dan memainkan peranan mencungkil bakat generasi akan datang negara ini.”

Moderator Ben Ibrahim joining other panellists Tan Kan Lai, Brand Manager of Nestlé Malaysia; Nurul Zulkifli, Founder of Mimipikita; Ren Yi, Co-Founder of myBurgerLab; and Jenn Chia, Content Creator, each sharing their inspiring journeys.
SONY DSC

“Dalam memperkukuhkan komitmen ini, sokongan kami terhadap belia diperluas menerusi peluang yang disediakan dalam program Pelatih Pengurusan, Latihan Amali dan Perantis. Selain daripada melengkapkan belia dengan kemahiran relevan dan meningkatkan peluang mereka diambil bekerja, sesungguhnya kami mahu memastikan peserta, terutamanya mereka daripada kumpulan B40, akan mempunyai sumber pendapatan stabil untuk mengharungi masa-masa sukar ini.”

Untuk mengatasi cabaran berikutan pandemik, Nestlé sedang menggiatkan latihan dalam talian menerusi program Latihan Amali Maya bagi memberikan latihan berterusan kepada para peserta. Nestlé juga akan terus menyediakan pengalaman praktikal menerusi acara-acara ‘kesediaan untuk bekerja’ dan meneroka lebih banyak peluang dengan bekerjasama bersama rakan niaga dan syarikat luar yang mendukung matlamat sama.

Usaha ini melengkapi program yang sedang dilaksanakan di bawah inisiatif global Nestlé Needs YOUth (Nestlé Memerlukan Belia), yang diperkenalkan pada 2013 untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), bagi menyediakan peluang pekerjaan dan pembangunan bakat bagi golongan muda di serata dunia. Pada 2019 sahaja, kami telah mencapai kira-kira 60,000 belia Malaysia menerusi pelbagai progam Nestlé Needs YOUth, seperti program Keusahawanan Belia NESCAFÉ, Bakat Kulinari Muda NESTLÉ PROFESSIONAL, serta karnival dan program perbincangan kerjaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program-program belia Nestlé dan cara untuk mengambil bahagian, layari www.nestle.com.my atau http://www.facebook.com/NestleCareersMY.  

Untuk terus menyokong masyarakat yang memerlukan di Malaysia, Nestlé juga telah berikrar untuk membantu 200,000 rakyat Malaysia dalam usaha meringankan beban berkaitan COVID-19. Fasa pertama menyaksikan Nestlé berganding bahu dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan menyalurkan sumbangan makanan kepada pekerja barisan hadapan dan mereka yang memerlukan, manakala fasa kedua bertumpu kepada usaha memberikan sokongan jangka panjang kepada komuniti B40 dan golongan berpendapatan rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *