Hari Derma Darah McDonald’s Dengan Kerjasama Pusat Darah Negara

Hari Derma Darah McD

Hari Derma Darah McDonald’s Dengan Kerjasama Pusat Darah Negara | McDonald’s Malaysia sentiasa menyokong saranan kerajaan dalam menggalakkan rakyat Malaysia menderma darah secara berkala dengan mengadakan Hari Derma Darah baru-baru ini. Hari Derma Darah ini diadakan secara terbuka kepada orang awam setiap tahun dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sambutan menggalakkan sempena Hari Derma Darah

“Setiap tahun, Hari Derma Darah seumpama ini menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat umum dan kakitangan McDonald’s Malaysia sendiri.  Jalinan kerjasama erat antara McDonald’s Malaysia dan PDN telah bermula sejak empat tahun lalu. Seiring dengan saranan kerajaan, McDonald’s Malaysia ingin turut serta memainkan peranannya dalam mewujudkan kesedaran berterusan di kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma darah. Kami mensasarkan 300 penderma tahun ini, dan berasa amat gembira dengan kejayaan melepasi sasaran yang ditetapkan,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Hari Derma Darah McDonald's

Hari Derma Darah yang diadakan di ibu pejabat McDonald’s Malaysia telah menyaksikan kehadiran lebih 500 penderma. Ini berbanding 287 penderma pada tahun 2019 dan 208 penderma pada tahun 2018.

Hari Derma Darah - salah seorang penderma

“Dengan kerjasama PDN, kami menyambut baik inisiatif derma darah oleh McDonald’s Malaysia, yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya. Kempen di tempat kerja sebegini akan menggalakkan amalan mulia menderma darah di kalangan warga kerja McDonald’s Malaysia. Memandangkan ianya juga terbuka kepada orang awam, PDN yakin kempen ini dapat mewujudkan kesedaran meluas mengenai kepentingan darah dan menarik minat masyarakat untuk menjadi penderma darah.  PDN juga mengucapkan syabas kepada McDonald’s Malaysia kerana menjadi penganjur kempen pendermaan darah yang konsisten dan pastinya darah yang didermakan semasa kempen ini akan menyumbang dalam perawatan pesakit. PDN juga berharap penganjuran program kesedaran dan kempen pendermaan darah sebegini turut dilaksanakan oleh pelbagai syarikat, pertubuhan dan organisasi lain seperti mana yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia,” kata Dr. Noryati binti Abu Amin, Pengarah, Pusat Darah Negara.

Penghargaan kepada para penderma

Sebagai tanda penghargaan, pihak McDonald’s Malaysia telah memberi baucar tunai McDonald’s, set hidangan McChicken, dan Sundae Cone kepada para penderma darah yang hadir. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *