Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK 2017) Meriah Sungguh | Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK 2017) tahun ini disambut dengan meriah dengan pelbagai program diatur dan berlansung di Maeps Serdang, Selangor. Program anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) serta semua jabatan dan agensi di bawahnya bermula 28 September sehingga 1 Oktober dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Alhamdulillah kali ini Naz berpeluang bersama 25 blogger lain untuk turut serta merasai suasana HPPNK tahun ini.

Seawal 8.30 pagi Naz dah sampai di Maeps Serdang untuk mengikuti aturcara yang telah diatur oleh MoA untuk blogger. Untuk pengetahuan pelawat yang akan berkungjung ke HPPNK, Naz kongsikan susun atur lokasi bagi memudahkan anda merancang apa yang nak di cari di sana…

- Parking – Ikut papan tanda dan kawalan trafik ke tempat letak kereta pelawat. Tram disediakan ke Laman Tiba
- Laman Tiba – Jualan buah-buahan, bunga-bungaan, anak pokok, pameran ternakan & petting zoo, pameran jentera mekanisasi pertanian, karavan tani, perkhidmatan kerajaan Mobile CTC
- Dewan A – jualan dan pameran produk asas tani, makanan laut, pavilion negeri-negeri, demo oleh chef terkenal spt Chef Zam, Chef Ismail, Chef Fazley, Chef cilik Danish Harraz, Chef Ezani, Chef Naem
- Dewan C – teknologi dan peralatan ternakan di ekspo Livestock Malaysia
- Dewan D – Surau, ATM, Khamis malam: Forum Perdana Ehwal Islam, Jumaat: solat Jumaat, Sabtu & Ahad: pengalaman makan 4 cara berbeza di Food Feast
- Dewan D Ground Floor – Empayar Makanan dengan 401 menu lazat dari seluruh negara
- Boulevard – Centre Stage program hiburan dan artis terkenal Ramli Sarip, Yabang, Aiman Tino, Hattan, Eka Sharif, daging kambing & unta segar, kiosk wagon makanan
[kredit info dan foto fb HPPNK 2017]
Apa yang pasti, HPPNK 2017 kali ini sangat mesra keluarga dan sangat santai. Selain pesta jualan hasil tani, pameran, seminar dan sebagainya… terdapat juga banyak haiwan ternakan untuk dilihat dan juga dipegang seolah-olah seperti kita berada di mini zoo. Bagi yang membesar atau membesarkan anak di bandar, ini adalah peluang terbaik buat mereka terutama golongan muda untuk mengenali dan melihat dengan lebih dekat lagi haiwan-haiwan ini.
HPPNK Dewan A (Hall A)
Di Dewan A ini menempatkan agensi-agensi kerajaan dan pengusaha-pengusaha produk asas tani, ternakan dan hasil lautan. Anda boleh mendapatkan pelbagai informasi tentang produk ini melalui penerangan, seminar, pameran dan sebagainya. Disamping itu juga terdapat pelbagai aktiviti disediakan antaranya demo masakan dari chef-chef terkenal seperti Chef Zam, Chef Ismail, Chef Fazley, Chef cilik Danish Harraz, Chef Ezani, Chef Naem dan ramai lagi.

Terdapat juga pavilion-pavilion dari negeri-negeri di Malaysia yang mempromosikan hasil-hasil asas tani, ternakan dan lautan mereka. Kami berjumpa dengan food blogger saudara Hazman yang kini merupakan salah seorang usahawan asas tani dari Negeri Sembilan. Beliau kini mengusahakan produk berasaskan buah Nanas Manis MD. Jus Bob Nanas memang sedap dan segar.


Hasil Tani
MoA sendiri mempromosikan Agrobazaar dimana terdapat lebih dari 7,000 produk yang diusahakan oleh 3,000 usahawan. Dari produk utama sehingga kepada produk yang diproses untuk terus dimakan ada dijual disini. Antara yang menarik seperti kopi badang, kerepek pisang, kerepek ubi kayu, cip cendawan dan bermacam lagi.

Agrobazaar juga mengikuti perkembangan terkini dengan menawarkan pembelian secara atas talian (online) dengan menggunakan aplikasi imbasan barcode, sungguh mudah dan menyenangkan. Untuk maklumat lanjut anda boleh melawat laman web www.agrobazaar.com.my dan mana tahu anda juga akan menjadi pengguna tetap perkhidmatan ini.


Hasil Lautan
Di booth Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), kami sempat melihat demo masakan dari Chef Korporat Pacific West iaitu Chef Garry Edson dan Chef MC Leong menyajikan hidangan mereka yang telah memenangi anugerah Innovasi 2017 dari Seafood Excellence Global iaitu Udang Kuro (Kuro Prawns).





Pernah dengar tentang sajian ikan tuna dalam tin kan. Sekarang ikan tuna pula dibuat sebagai Sate Tuna. Dengan isi ikan yang mampat, disaluti dengan rempah dan rasa yang sedap. Memang innovasi yang menarik dan boleh dijadikan sebagai salah satu makanan berasaskan protein yang sihat.



Teknologi Makanan
Di bahagian teknologi makanan pula mempamerkan teknologi-teknologi yang digunakan untuk memproses makanan dan juga pembukusan makanan. Banyak penyelidikan (R&D) dan penambahbaik teknologi bagi memantapkan lagi produk keluaran tempatan semoga boleh bersaing di pasaran dunia.

Kami juga diberikan taklimat bagaimana produk madu kelulut dijadikan bubble yang diminum bersama dengan air teh bunga. Innovasi yang sangat bagus dan boleh standing dengan minuman bubble yang sangat popular sekarang.

HPPNK Dewan C (Hall C)
Di Dewan C memaparkan teknologi dan peralatan ternakan di ekspo Livestock Malaysia. Di sini kami sempat singgah ke booth Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang sedang membuat demo masakan Sarang Burung Walid.


Kami juga menyinggah ke booth Espek Livestock Sdn Bhd (ELSB) yang mengeluarkan produk jenama Cekoley, produk berasaskan daging.


HPPNK Dewan D (Hall D)
Di dewan ini bahagian bawah (Ground Floor) tempat yang akan mengembalikan tenaga anda dengan hidangan lebih dari 400 jenis makanan dan minuman dari seluruh negeri di Malaysia… Inilah Empayar Makanan. Berkonsepkan food truck dengan susun atur yang kemas memberi keselesaan dan juga pilihan kepada orang ramai.

Selain itu juga, di Dewan D ini menempatkan 4 pengalaman makanan berbeza seperti Makanan Bersila Ala Kampung, Ikan Air Tawar, Ala Barat dan Ala Shell Out. Ini merupakan Festival Makanan Malaysia 2017 (Malaysia Food Festival 2017) yang bertemakan Makanan Kita, Masa Depan Kita (Our Food Our Future).

Segala macam jenis hidangan dan minuman ada di sini sehingga rambang mata Naz. Sebelum ke food truck untuk memesan makanan, kami disajikan dengan Jus Pegaga, Keropok Lekor, Churros dan Udang Sanggul. Makan ni pun dah buat Naz kenyang.




Laman Tiba
Laman Tiba merupakan tempat pertama pengunjung akan jumpa sebelum Dewan A. Di sini khemah-khemah jualan tanaman seperti benih-benih pokok buah, baja, peralatan bercucuk tanam dan khemah makanan FAMA.

Kami telah disambut oleh wakil FAMA dan diberi penerangan berkenaan Fruits & Florals Kingdom ini.
Kemudian kami disajikan dengan KENDURIAN….



Kat sini pun dah ada macam petting zoo juga…




NAFAS CUBE
Pada awal pagi ketika Naz dan rakan-rakan tiba di MAEPS Serdang ini, kami telah dibawa menaiki tram ke NAFAS CUBE untuk menikmati sarapan pagi.

NAFAS CUBE ini sebenarnya tempat penginapan yang diusahakan oleh MARDI. Tempat penginapan yang menggunakan kontena dijadikan seperti bilik, memang akan memberi pengalaman percutian yang baru. Selain itu ada juga khemah-khemah untuk yang ingin merasakan seperti bercamping di dalam hutan.

Sarapan kami pada pagi itu adalah Pulut Kuning dengan Rendang Ayam, Lontong dan Nasi Lemak Ayam Berempah. Makanan asli Malaysia yang mengenyangkan, simple tetapi sedap. Sarapan ini memang memberi tenaga untuk Naz untuk menjelajahi HPPNK.



Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dan promosi tentang HPPNK 2017 dengan melayari laman Facebook, Instagram dan Twitter HPPNK.
Facebook : www.facebook.com/HPPNK2017
Instagram : www.instagram.com/HPPNK2017
Twitter : twitter.com/HPPNK2017
jangan lupa hashtag gambar anda ya dengan:
#HPPNK2017
#MFF2017
#MOA
#OurFoodOurFuture