Lebih Wang Wang dengan MAGGI® Tahun Baru Cina ini!

Maggi Tiram

Lebih Wang Wang dengan MAGGI® Tahun Baru Cina ini! |  Pada Tahun Baru Cina ini, MAGGI® akan membawakan lebih kegembiraan dan kemakmuran dengan kempen terbaharu ‘MAGGI® Lebih Masak, Lebih Wang Wang’, di samping memperkenalkan produk edisi terhad yang serba baharu, Sos Tiram Imperial MAGGI®!

Maggi Sos Tiram Imperial

Untuk kempen tahun ini, terdapat wang melebihi RM238,888 untuk dimenangi dengan Hadiah Utama RM38,888 sebagai habuan untuk setiap seorang daripada tiga pemenang bertuah! Seramai 50 Pemenang Hadiah Mingguan juga akan membawa pulang hadiah wang tunai dalam bentuk angpau bernilai RM288. Untuk menceriakan lagi para pengguna, MAGGI® juga akan menyampaikan Hadiah Wang Tunai Bonus angpau “Panjang Umur” bernilai RM188 yang tidak terhad bilangan penerimanya bagi setiap 1,000 penyertaan sah yang diterima.

VIP bersama Sos Tiram Imperial

“Sambil kita menyambut ketibaan Tahun Baru Cina, kami ingin memastikan rakyat Malaysia berasa lebih gembira dan lebih makmur menerusi kempen ‘MAGGI® Lebih Masak, Lebih Wang Wang’. Dalam Bahasa Cina, ‘wang wang’ bermaksud kekayaan atau kemakmuran, dan juga bermaksud ‘duit’ di negara Malaysia. Matlamat kami adalah untuk membawa tuah dan kegembiraan kepada semua sempena Tahun Baru Cina ini kerana mereka berpeluang memenangi hadiah wang tunai angpau yang lumayan apabila memasak untuk menjamu selera orang-orang tersayang!” kata Cik Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé Malaysia.

Setiap Tahun Baru Cina, seisi keluarga akan berkumpul dan mengeratkan silaturahim sambil menjamu selera. MAGGI® memahami sepenuhnya bahawa memasak bukan setakat mengenal perisa dan cita rasa; sajian lazat mampu mencetus perasaan gembira, kesihatan yang baik dan menyemarakkan kehidupan. Mencerminkan komitmen jenama untuk menjadi rakan dalam perjalanan memasak penggunanya, MAGGI® telah memperkenalkan sembilan resipi baharu melibatkan sembilan sajian popular Cina seperti ‘ySup Hirisan Perut Ikan 5 Kerestuan’, ‘Dumpling Kukus Udang Keemasan’ dan ‘Ayam Nanas Masam Manis’ ang melambangkan kemakmuran dan kebahagiaan Tahun Baru Cina.

Tossing Yee Sang

Semua resipi ini menggunakan Sos Tiram Imperial MAGGI® serba baharu edisi terhad. Diperbuat dengan adunan unik ekstrak tiram dan perisa kekapis, sos yang pekat, manis dan masin ini menjanjikan cita rasa unik dan aroma lazat yang luar biasa. Resipi terbaharu ini boleh didapati di laman web MAGGI® manakala video resipi boleh ditonton di saluran Youtube MAGGI®.

“Mencerminkan cogan kata kita, ‘Anda & MAGGI®. Memasak Dengan Cara Berbeza’, kami sentiasa mencari jalan untuk mencipta detik-detik yang menarik dan lazat bagi rakyat Malaysia untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan. Mengambil ilham daripada kepelbagaian warisan dan budaya masakan masyarakat Cina  yang sekian lama, kami menyediakan resipi istimewa dengan ramuan ‘yang memberi kemakmuran’ bagi sajian Cina popular menggunakan Sos Tiram Imperial MAGGI® yang terbaharu kami untuk memasak hidangan makan besar yang menambat selera! Kami berharap Tahun Baru Cina ini dipenuhi kegembiraan, kekayaan dan sajian enak sambil anda meluangkan masa istimewa bersama orang-orang tersayang,” kata Cik. Balakrishna.

Untuk memeriahkan lagi suasana, MAGGI® akan mewarnai musim perayaan dengan persembahan tarian singa di 230 buah premis perniagaan runcit di seluruh negara yang boleh disaksikan oleh orang ramai. Tarian singa dianggap sebagai seni kebudayaan paling tua China yang diturunkan sejak dari zaman silam Dinasti Han di negara China. Untuk menyaksikan persembahan kumpulan tarian singa pada Tahun Baru Cina ini, layari laman web MAGGI® untuk menyemak senarai lengkap persembahan tarian singa yang boleh disaksikan berhampiran anda.

Menurut Cik Balakrishna, “Tarian singa Cina melambangkan keberanian, kebijaksanaan dan tuah dan telah menjadi sebahagian daripada tradisi MAGGI® selama lebih daripada 15 tahun. Kami di MAGGI® berbangga untuk menyumbang kepada tradisi selama berkurun-kurun lamanya ini dengan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan dan menghayati seni tari Cina unik ini di pelbagai lokasi di seluruh negara.”

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘MAGGI® Lebih Masak, Lebih Wang Wang’ dan juga resipi Tahun Baru Cina serba baharu, layari laman web MAGGI® di www.maggi.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *