Mutiara Damansara Commercial Centre Sambut Permulaan Baru 2019

MDCC logo

Mutiara Damansara Commercial Centre Sambut Permulaan Baru 2019 | Suasana yang ceria dan girang gembira mengisi ruang Mutiara Damansara Commercial Centre (MDCC) dengan para pengunjung yang berkumpul untuk meraikan sambutan akhir tahun dan sekaligus mengalu-alukan kedatangan Tahun Baru 2019!

Mutiara Damansara Commercial Centre bercayaha dengan percikan bunga api

Mutiara Damansara Commercial Centre , yang merangkumi the Curve, eCurve dan juga IPC Shopping Centre mengadakan sambutan tahunan Ambang Tahun Baru, The Final Countdown 2019! Para pengunjung daripada semua lapisan masyarakat turut serta dalam pelbagai sambutan yang bermula dari petang hingga ke lewat malam.

Sambutan tersebut dimulakan dengan sesi Fitness Fiesta yang diketuai oleh selebriti kecergasan terkemuka, Hansen Lee, Nana Al Haleq dan Lee Yvonne. Penggemar sukan mengambil peluang menikmati aktiviti sihat dengan Movement Training and High Intensity Interval Training, sementara pengunjung lain menikmati tarian Zumba diiringi pelbagai lagu hits popular.

Kanak-kanak juga berkongsi keseronokan sambil mereka bergembira melompat di atas inflatable playground. Sementara menunggu aktiviti utama bermula, ibu bapa serta kanak-kanak menikmati petang yang penuh keseronokan disamping berkenalan dengan rakan-rakan baru. Terdapat juga pengunjung yang datang ke pusat-pusat membeli-belah yang berdekatan untuk membeli belah pada saat-saat terakhir dan menerokai pelbagai jenis restoran dan pilihan makanan yang terdapat di sini.

Seterusnya, para pengunjung berkumpul di Concert Countdown untuk acara kemuncak yang dinanti-nantikan dengan Phat Phabes dan Lee Yvonne yang menghiburkan dengan bakat dan daya tarikan mereka yang tersendiri. Selain daripada mereka, terdapat ramai artis lain yang turut memeriahkan suasana pada malam tersebut seperti, Aizat Amdan, Ruffedge, Elvira Arul, Talitha Tan dan Orange Tan yang menghiburkan para penonton dengan lagu-lagu yang disukai ramai.

Ruffedge
Ruffedge

Ruffedge, band tempatan membangkitkan kenangan nostalgia dengan lagu-lagu mereka yang tidak lapuk dek zaman seperti Bila Rindu, Khayalan, dan Lemas. Melalui penampilannya yang bertenaga, Elvira Arul mempersonakan para penonton dengan persembahan lagu Titanium daripada Sia dan This is Me daripada filem The Greatest Showman.

Elvira Arul
Elvira Arul

Seorang lagi artis popular yang mencipta nama semasa menyertai program Akademi Fantasia, Aizat Amdan, mengagumkan para peminat dengan single terkenalnya Hanya Kau Yang Mampu. Sebagai kejutan, beliau juga mendendangkan lagu medley Hero dan You are the Reason yang membuatkan para penonton bersorak serta turut bernyanyi bersama. Apabila Orange Tan mengambil tempat di pentas tersebut, orang ramai bergembira dan bernyanyi bersama-sama sambil beliau menghiburkan mereka dengan lagu-lagu Cina dan Inggeris yang disukai ramai.

Aizat Amdan
Aizat Amdan

Talitha Tan, yang juga merupakan seorang artis tempatan, mula mencuri hati rakyat Malaysia apabila single hangatnya Okay, menghiburkan para penonton dengan bakatnya yang mempesonakan. Beliau menerima tepukan gemuruh daripada para penonton apabila beliau memukau mereka dengan lagu-lagu seperti Girls, Fooled Me dan juga Without Me yang dinyanyikan oleh Halsey.

Talitha Tan
Talitha Tan

Apabila jam menunjukkan tepat 12 malam, para pengunjung dipersembahkan dengan warna-warna terang berwarna-warni dan berkilau dari letusan bunga api yang menghiasi langit Mutiara Damansara. Para pengunjung kemudian mengalu-alukan Tahun Baru dengan ucapan dan harapan tahun baru sesama keluarga, rakan-rakan serta orang tersayang. 

Jazmi Kamaruddin, Pengurus Besar Kanan the Curve menambah, “Apa cara yang lebih baik untuk mengakhiri tahun ini jika tidak dengan pelanggan setia kami! Acara tahunan Ambang Tahun Baru adalah sambutan yang selalu dinantikan oleh para pelanggan kami serta penduduk di sini. Kami berharap mereka menikmati malam yang amat istimewa ini dan semoga tahun akan datang menjadi yang terbaik untuk semua!”

“Sambutan pada malam ini ternyata amat menakjubkan dan ianya memberi kepuasan kepada kami apabila melihat para pengunjung menikmati sambutan yang gilang-gemilang. Tiada kegembiraan yang lebih baik daripada meraikan permulaan tahun baru bersama keluarga dan juga yang tersayang. Kami berharap 2019 bakal memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada semua!” Kata Gina Long Ahmad, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Sewaan, Pengiklanan & Promosi.

Karyn Lim, Pengurus Utama bagi IPC Shopping Centre berkata, “Para pengunjung kami gemar untuk melawat dan menyambut Tahun Baru di sini. Terdapat pelbagai pilihan untuk mereka membeli-belah, menikmati makanan, mahupun menyambut Tahun Baru. Kami berharap para pengunjung dapat menikmati sambutan yang hebat bersama kami sekaligus mencipta kenangan bersama kami untuk tahun-tahun akan datang. Kami di IPC Shopping Centre ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua para pengunjung!”

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di 03-7710 6868 untuk the Curve, 03-7725 0277 untuk eCurve dan 03-7730 0333 untuk IPC Shopping Centre.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *