Oxwhite Melancarkan Koleksi Oxwhite X Performance

Oxwhite X Performance logo

Oxwhite Melancarkan Koleksi Oxwhite X Performance | Tidak dapat pergi ke gim kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlangsung? Ianya bukan menjadi satu masalah! Oxwhite telah bekerjasama dengan Anytime Fitness Eco Sky untuk menghasilkan video senaman rutin berintensiti tinggi selama 30 minit yang mudah diikuti oleh semua peringkat umur, agar rakyat Malaysia bukan sahaja akan selamat kerana berada di rumah bahkan akan sihat cergas di rumah.

Video ini dihasilkan bersempena dengan pelancaran koleksi Oxwhite X Performance yang terdiri daripada pakaian sukan yang menyerap kelembapan, mengeluarkan peluh dan pakaian aktif yang hebat, antaranya baju tee latihan, seluar pendek latihan, bra sukan yang dilancarkan hari ini.

Dengan pelancaran tersebut, Oxwhite menawarkan tawaran bundle terhad secara eksklusif untuk 2,000 pelanggan pertama.

Dengan tawaran bundle, pelanggan Oxwhite dapat membeli rangkaian pakaian sukan Oxwhite X Performance dalam dua set pada harga bermula RM98 dan mendapatkan topeng muka Oxwhite Breatheasy bernilai RM19.90 percuma!

Oxwhite X Performance - Men
Oxwhite X Performance - Woman

Apa tunggu lagi, terhad kepada 2,000 pelanggan pertama sahaja ya……

Tentang Oxwhite

Oxwhite adalah jenama gaya hidup e-dagang yang beroperasi pada model langsung ke pengguna, memberikan alternatif yang mudah diakses untuk jenama mewah yang mengekalkan kualiti premium dengan sebahagian kecil dari kos.

Oxwhite pertama kali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2018 dengan produk perdana, baju putih klasik. Sejak itu, jenama ini telah memperluas pilihannya untuk menawarkan pelbagai jenis produk yang disesuaikan dengan keperluan harian orang Asia moden: dari pakaian perniagaan hingga pakaian kasual, dan dari perjalanan ke kelengkapan rumah & barang keperluan hidup.

Sebagai jenama, Oxwhite berhasrat untuk terus meningkatkan penawarannya untuk menjadi e-peruncit pilihan bagi orang Asia yang ingin kelihatan baik dan merasa baik dengan harga yang berpatutan. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati www.oxwhite.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *